Juara Kumpulan Program Muqayyam Tarbawi 2010 |
Terasa begitu pantas masa berlalu, kini telah masuk bulan ke empat anak-anak ke sekolah, jika di Malaysia Januari merupakan bulan pertama, tetapi di sini permulaan semester adalah pada bulan September. Minggu ini merupakan minggu exam bagi Nabil yang sekarang berada di Grade 4. Peperiksaan akhir bagi semester pertama. Pada usia sebegini, minggu peperiksaan bermakna juga adalah minggu untuk duduk bersama-sama anak mengulangkaji pelajaran. Lebih-lebih lagi semenjak berada di boys section. Perbezaan fitrah perempuan dan lelaki. Untuk memastikan tekanan tidak menyebelahi saya, saya perlu membuat strategi. Bagi mata pelajaran Bahasa Arab, Bahasa Perancis, Komputer, Islamic Education dan Sosial Studies tidaklah begitu memeningkan. Cuma perlu pengukuhan dan soal semula bagi mengetahui tahap kefahamannya. Manakala bagi Matematik boleh dikatakan hampir semua bab memerlukan ingatan pada sifir. Pengukuhan secara latih tubi perlu bagi mengelakkan kelalaian ketika menjawab soalan, mungkin langkah pertama betul tetapi disebabkan kecuaian pada langkah seterusnya maka jawapan keseluruhan akan terbabit.
Manakala bagi subjek sains saya perlu mengajar, memahamkan dan pengukuhan ingatan. Kondisi telah dikenalpasti, dia kurang berminat kerana mungkin banyak teks yang perlu dibaca, difahami dan dihafal juga. Saya perlu menggunakan pendekatan komunikasi dua hala, mengajar dan menyoal semula. Nota ringkas bentuk kreatif mungkin boleh memberi peranan kepada otak kanan dan kiri untuk menyampaikan maksud. Kelebihannya menggunakan buku Scott Foresman ini ialah adanya kesinambungan bagi setiap topik pada setiap tahap atau grade. Beserta semua itu juga, perlu ada persediaan psikologi bagi memastikan proses pembelajaran berlangsung secara harmoni, kurangkan tekanan. Di samping mengambil kira tahap kemampuan anak, realiti..sebagai seorang ibu dan seorang guru, perasaannya tidak sama. Seorang ibu tidak dapat tidak mengharap dan mendoakan yang terbaik untuk anak-anaknya. Ibu bersama tugasan dan cabaran lainnya juga memerlukan kekuatan dan motivasi untuk merancang dan bertindak. Jika sagu menjadi idaman, ruyungnya dulu perlu dipecahkan. Di mulakan dengan Bismillah...semoga kekuatan itu menjadi milik kita..para ibu.
1 comment:
InsyaAllah.. Mudah2 Nabil berjaya dalam pelajaran, x lupa jg mendoakn nephew trcinta ni jd ank soleh, byjaya didunia & akhirat..smg segala urusan dprmudahkan :-)
Post a Comment