Pages

Showing posts with label Permata Hati. Show all posts
Showing posts with label Permata Hati. Show all posts

December 18, 2011

Alhamdulillah, syukur ucapan yang sering saya ingatkan pada anak-anak setiap kali mengejutkan mereka bangun dari tidur. Walaupun telah melatih mereka sejak kecil sehingga kini saya masih perlu mengingatkan mereka, berulang dan berulang.

Proses mendidik yang tidak ada jalan singkat, walau ada kalanya menguji kesabaran. Tetapi jika difikir semula bukan sahaja anak-anak malah yang telah dewasa juga perlu sentiasa diingatkan walau hakikatnya banyak yang telah atau pernah diketahui. Insan yang lupa, perlu sentiasa kepada peringatan. Usai solat Maghrib berjemaah bersama anak-anak sementara menunggu abah mereka pulang dari kerja, saya kira waktu dan ketika yang paling sesuai untuk sedikit muhasabah, peringatan dan perkongsian walau hakikatnya ianya lebih kepada tanggungjawab sebagai seorang ibu.

"Ya Allah! Bantulah hambaMu untuk mendidik amanah yang Engkau kurniakan ini dengan sesungguhnya, tiada yang lebih utama dan tujuan selainnya hanya keranaMu Ya Allah!, tunjukkanlah kami jalan yang benar, berilah kami kekuatan, janganlah Engkau campakkan ke dalam hati kami sifat lalai dan leka dalam melaksanakan tugas ini, jangan Ya Allah,  Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah Rahmat dari sisiMu,  terimalah ibadah kami ini dan jauhkanlah kami dari tipu daya syaitan yang menyesatkan, janganlah Ya Allah, Engkau bebankan kami beban yang tidak sanggup kami memikulnya, jauhkanlah kami dari fitnah dunia dan segala kejahatannya serta perliharalah kami dari siksa nerakaMu. Kasihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka mengasihani kami semasa kami kecil, hanya Engkau (Ya Allah) yang kami sembah dan kepada Engkau sahajalah tempat kami meminta pertolongan."

November 20, 2011

Nabil, belakang sebelah kiri - gambar kredit Ummu Amirul Mukmin
Ketika usianya kira-kira 2 bulan, kami telah menghantarnya ke rumah penjaga yang mesra dipanggil Wan Ani. Bersama beberapa orang kanak-kanak lain, Nabil merupakan yang paling muda. Setiap pagi saya akan menghantarnya bersama sebuah beg berisi tiga pasang baju, lampin pakai buang, dan susu yang akan digunakan seharian. Lewat petang selesai tugas di pejabat dan setelah menempuh kesesakan jalan saya mengambilnya pulang ke rumah. Pernah suatu hari saya lewat mengambilnya, pada usia kurang setahun, dia merajuk tidak mahu pulang bersama, ketika itu terasa kesedihan apabila anak yang usianya belum pun sampai setahun sudah mengerti makna kasih sayang dan perhatian seorang ibu.

Hari ini dia berusia 10 tahun, semoga membesar sebagai anak yang soleh, berjaya di dunia dan akhirat, jejakilah para Rasul dan Sahabat memelihara deen ini dengan sesungguhnya. Bukanlah kejayaan dunia ini yang hakiki namun akhirat juga yang kekal abadi. Pandanglah kehidupan dengan pandangan hati yang punya iman, nescaya akan hadir bersamanya ketenangan. Semoga Allah swt sentiasa memelihara dan merahmati perjalanan kehidupanmu, anakku.

Ummi dan abah sayangkan Nabil.

November 15, 2011

Iman Mutiara



Pulang dari sekolah, ketika sedang menikmati makanan tengaharinya si kakak bertanya,

“Ummi, kenapa syaitan tu tahu Allah yang jadikan, tapi syaitan tak belief in Allah”

Saya terkedu sebentar, barangkali hari ini ada tajuk mengenai Pillar of Iman bagi subjek Islamic Studies, soalan yang tak sempat nak ajukan pada teachernya mungkin.

“Syaitan tahu Allah swt itulah Tuhan Semesta Alam yang jadikan semuanya, tapi tak mahu taat apa yang Allah swt perintahkan, sebab masa Allah swt perintahkan supaya tunduk pada Nabi Adam as, manusia pertama yang Allah swt jadikan, semua malaikat tunduk kecuali syaitan sebab syaitan kata dia diperbuat dari api, sedangkan Nabi Adam as dari tanah. Disebabkan kesombongan syaitan itu Allah swt murka, tetapi syaitan berjanji akan menyesatkan umat manusia sampai hari kiamat.” Jelas saya

“Macam tu..” balasnya sambil mengangukkan kepala

“Jadi janganlah kita jadi kawan syaitan sebab syaitan nak cari ramai kawan supaya boleh sama-sama masuk neraka tapi lepas tu syaitan akan berlepas tangan.”sambung saya lagi

Kisah dalam Al Quran (surah Al-A’Raaf : 11-18)

Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu (Adam),lalu Kami bentuk tubuhmu,kemudian Kami katakan kepada para malaikat:“Bersujudlah kamu kepada Adam”,maka merekapun bersujud kecuali iblis. Dia tidak termasuk mereka yang bersujud. 

Allah berfirman:“Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu? “Menjawab iblis “aku lebih baik daripadanya:Engkau ciptakan aku dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah”.

Allah berfirman:“Turunlah kamu dari surga itu;karena kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya,maka keluarlah,sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina”.

Iblis menjawab:“Beri tangguhlah aku sampai waktu mereka dibangkitkan”.

Allah berfirman:“Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh.”

Iblis menjawab:“Karena Engkau telah menghukum aku tersesat,aku benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian aku akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka,dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).

 Allah berfirman:“Keluarlah kamu dari syurga itu sebagai orang terhina lagi terusir. Sesungguhnya barangsiapa di antara mereka mengikuti kamu,benar-benar Aku akan mengisi neraka Jahannam dengan kamu semuanya”.

Setelah berjaya menghasut manusia, syaitan akan berlepas tangan;

“Dan berkatalah pula syaitan setelah selesai perkara itu. Sesungguhnya Allah swt telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiada bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku dengan-Nya.” Sesungguhnya orang-orang yang zalim(yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.” (Ibrahim : 22)

Dan ini pula janji Allah kepada orang-orang yang beriman dan berbuat kebaikan;

“Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh, ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka; ucap selamat sentiasa mereka dapati (dari Malaikat) di dalam syurga-syurga itu.” (Ibrahim : 23)

Semoga kita sentiasa dilindungi daripada Syaitan laknatullah.

January 17, 2011

Minggu Peperiksaan

Juara Kumpulan Program Muqayyam Tarbawi 2010
Terasa begitu pantas masa berlalu, kini telah masuk bulan ke empat anak-anak ke sekolah, jika di Malaysia Januari merupakan bulan pertama, tetapi di sini permulaan semester adalah pada bulan September. Minggu ini merupakan minggu exam bagi Nabil yang sekarang berada di Grade 4. Peperiksaan akhir bagi semester pertama. Pada usia sebegini, minggu peperiksaan bermakna juga adalah minggu untuk duduk bersama-sama anak mengulangkaji pelajaran. Lebih-lebih lagi semenjak berada di boys section. Perbezaan fitrah perempuan dan lelaki.  Untuk memastikan tekanan tidak menyebelahi saya, saya perlu membuat strategi. Bagi mata pelajaran Bahasa Arab, Bahasa Perancis, Komputer, Islamic Education dan Sosial Studies tidaklah begitu memeningkan. Cuma perlu pengukuhan dan soal semula bagi mengetahui tahap kefahamannya. Manakala bagi Matematik boleh dikatakan hampir semua bab memerlukan ingatan pada sifir. Pengukuhan secara latih tubi perlu bagi mengelakkan kelalaian ketika menjawab soalan, mungkin langkah pertama betul tetapi disebabkan kecuaian pada langkah seterusnya maka jawapan keseluruhan akan terbabit.

Manakala bagi subjek sains saya perlu mengajar, memahamkan dan pengukuhan ingatan. Kondisi telah dikenalpasti, dia kurang berminat kerana mungkin banyak teks yang perlu dibaca, difahami dan dihafal juga. Saya perlu menggunakan pendekatan komunikasi dua hala, mengajar dan menyoal semula. Nota ringkas bentuk kreatif mungkin boleh memberi peranan kepada otak kanan dan kiri untuk menyampaikan maksud.  Kelebihannya menggunakan buku Scott Foresman ini ialah adanya kesinambungan bagi setiap topik pada setiap tahap atau grade. Beserta semua itu juga, perlu ada persediaan psikologi bagi memastikan proses pembelajaran berlangsung secara harmoni, kurangkan tekanan. Di samping mengambil kira tahap kemampuan anak, realiti..sebagai seorang ibu dan seorang guru, perasaannya tidak sama. Seorang ibu tidak dapat tidak mengharap dan mendoakan yang terbaik untuk anak-anaknya. Ibu bersama tugasan dan cabaran lainnya juga memerlukan kekuatan dan motivasi untuk merancang dan bertindak. Jika sagu menjadi idaman, ruyungnya dulu perlu dipecahkan. Di mulakan dengan Bismillah...semoga kekuatan itu menjadi milik kita..para ibu.

March 22, 2009

Antara semalam dan hari ini..

Baru dapat email dari my sister, gambar2 Nabil dan Bihah semasa bayi. Asalnya apabila Nabil kerap bertanya kenapa gambar2 dia masa bayi takda dalam laptop, maka dengan berbesar hati mak saudara yang dikasihinya scan gambar2 tu dan hantar kepada kami. Maklumlah masa dia kecil kami belum ada kamera digital lagi, bila lihat gambar2 lama terasa menggamit kenangan lalu..begitu pantas masa berlalu.


Nabil 6 bulan

Nabihah 3 bulan


Raihanah 4 bulan

February 07, 2009

Sepagi di Abha...

Tunggu bas depan rumah

Hari ni mula first term exam

Bas dah sampai..

Perjalanan bermula..

My little corner..

My favourite plant

January 26, 2009

Anak anugerah

Pagi ni seperti hari-hari biasa, bangun uruskan anak-anak ke sekolah, seperti biasa abah mereka yang akan kejutkan, mungkin suara abah lagi kuat daripada suara umie, bila umie kejut macam2 alasan esp kakak, penatlah, nak tidolah, macam2 alasan dia bagi, pagi ni alasan dia abah tak belikan aiskrim, permintaan dia 3 hari lepas, dia masih ingat lagi dan sempat nak memikirkan alasan dalam mata duk pejam macam tu, hai.. kanak2 memang ingat sesuatu perkara esp yang dia suka ataupun kita pernah berjanji, tapi permintaannya itu kami tak tunaikan bimbang selsema dan batuk di musim sejuk nih. Abang seperti selalu, sentiasa seronok nak ke sekolah, jumpa kawan2..hari ni plak ada test math chapter 5 & 6, hari2 ada test persediaan sebelum exam first term tak lama lagi. Janji kalau dapat A semua subjek belikan mainan, bagi rangsangan sikit, sebenarnya hadiah tu dah belikan pun tapi belum buka lagi ada kat atas almari, beli sebab masa tu ada sale, jimaat skit...ye, dalam nak mendidik anak ni esp peringkat umur pra sekolah dan awal sekolah banyak juga cabarannya, kadang-kadang kena memujuk, kadang-kadang merangsang dan kadang-kadang menghukum. Pernah suatu ketika abang nakkan mainan, taklah mahal cuma sr10 tapi kami tetap taknak belikan sampai menangis teresak-esak. Bukan nak berlaku kejam cuma nak mendidik dia bahawa tak semua hasratnya akan tercapai esp yang melibatkan wang dan kesenangan. Rasanya ramai ibu bapa yang mengalami situasi yang sama, menangani situasi sekaligus berlangsungnya proses pendidikan, sukar juga nak menangani emosi anak dan pada masa yang sama perlu kawal perasaan dan berfikir apakah keputusan yang terbaik. Tapi terfikir juga ye zaman dulu2 bagaimana mak bapak didik anak yang ramai dengan segala kepayahan dan tak guna psikologi pun boleh berjaya...

Bercerita mengenai chinese new year, kami di Abha ni ada jiran berbangsa cina berasal dari tanah besar cina, berkahwin dengan lelaki arab berasal dari Jordan. Sekarang mempunyai 2 orang anak berumur 4 tahun dan 5 bulan, menganut kristian, sambut perayaan cina sambut juga krismas. Perkenalan yang telah menjangkau usia 3 tahun, sepanjang perkenalan adalah beberapa kali gathering bersama. Walaupun berlainan kepercayaan tapi mudah dan boleh di jadikan kawan. Ada masa diperlukan kami bantu, kami perlu bantuan mereka bantu, seperti kata pepatah orang memberi kita merasa, tapi menerima dan memberi pun ada batas2nya supaya tak terhutang budi..cuma niat dihati semoga hidayah diberi islam dianuti.

Alhamdulillah sepanjang menghuni di sini memiliki hubungan kejiranan yang baik, disamping itu adalah jiran2 lain dari Egypt, Syria, Lubnan, Palestine, dikelilingi arab foreigner dari asia barat. Saling kenal dan ambil tahu walaupun tidak semua perkara, bolehlah anak2 berkawan dengan anak2 arab ni, yang terkenal dengan kelasakannya, tangkas dan tulang yang kuat walaupun hari2 makan roti. Kecil2 lagi seawal 3 tahun mak bapak mereka dah lepaskan main di luar rumah. Keluar main dari tengahari sampai malam pun tak apa esp bila hujung minggu.

Jika difikir secara positif mungkin ada baiknya, lihatlah kanak2 palestine dikaca TV, masih kecil tapi dah berani baling batu ke arah tentera Israel, bersama2 berjuang mempertahankan tanah air. Berlainan pula situasi kita di Malaysia ibu bapa sering dibelenggu ketakutan dengan pelbagai kes jenayah yang tak sudah2 sehingga kadang kala nak biarkan anak bermain di taman permainan pun menjadi masalah, faktor keselamatan yang membimbangkan. Fenomena realiti hari ini, kebimbangan demi kebimbangan menghantui para ibu bapa apatah lagi anak2 yang semakin meningkat remaja. Kebimbangan yang kadang kala semakin menyempitkan ruang tumbesaran kanak-kanak. Kekuatan jati diri kanak2 di Palestine di bandingkan jati diri kanak2 Malaysia memang jauh berbeza, bukanlah nak menjadikan cara asuhan itu acuan tetapi mana yang baik dijadikan teladan dan buruk jadi sempadan. Semoga sama2 dapat melahirkan anak2 yang kuat ketahanan jiwanya, utuh peribadinya, mulia akhlaknya, tinggi pekertinya dan membesar untuk membela agamaNya. Semoga doanya jua menjadi bekalan kita di alam barzakh nanti.