Pages

April 21, 2009

Sport Day & Spring Holiday

Hari ini ada Sport Day di sekolah anak2. Setakat ini tiap tahun saya akan pergi untuk memeriahkan lagi. Jika sebut sukaneka bagi kanak2 pra sekolah atau sekolah rendah ni biasanya akan terbayang antaranya pertandingan tiup belon, lari dalam guni, masuk air dalam botol, bawa bola dalam sudu dan acara olahraga sekurang2nya lari 100 m. Manakala padang yang hijau dihiasi bendera berwarna warni serta kanak2 yang mewakili rumah masing2, biasanya rumah hijau, biru, merah dan kuning. Maka mungkin dengannya disebut Hari Sukaneka sebab beraneka dan pelbagai. Tapi di sini dipanggil Sport Day ataupun Hari Sukan. Dengan kemudahan yang terhad, yelah mana ada padang berumput hijau, dan kebiasaanya hanya ibu yang dijemput untuk sebarang sambutan di sekolah. Dari sambutan Hari Ibu, mesyuarat persediaan peperiksaan dan sebagainya, pendek kata ibu menjadi medium perantara antara pelajar, guru dan sekolah. Keterlibatan bapa hanya perkara2 yang melibatkan pendaftaran, pembayaran yuran, buku serta berhubung dengan pihak pengurusan sekolah.

Acara hari ini bermula pukul 8 pagi, seperti biasa saya hadir sebagai satu2nya wakil dari Malaysia, berada dalam kelompok yang rata2 berbahasa arab, kebanyakannya dari Mesir, Syria, Palestin, Sudan dan Lebanon, bagi masyarakat arab yang terkenal dengan sahabiah yang tinggi bukanlah mudah untuk mengajak mereka berbahasa Inggeris.

Sekadar senyum bertanya khabar, khaifa haluk..khois...takda masalah…terfikir juga jika saya berada dalam kelompok Malaysia, saya juga mungkin cenderung berbahasa Malaysia, getus hati saya. Akhirnya saya duduk bersama seorang rakan dari Pakistan seperti kebiasaannya itulah rakan untuk bersembang. Sekurang2nya tidaklah rasa terpencil. Sambil tengok anak2 bermain, kami bersembang. Kali terakhir saya bertemunya di Airport Abha, semasa cuti summer tahun lepas, ketika itu kami menaiki pesawat yang sama menuju ke Jeddah kemudian ke Makkah buat umrah tapi destinasi percutian berbeza, kami bercuti ke Malaysia, mereka bercuti ke London.

Sempat juga saya bertanya prestasi akademik anaknya yang juga kawan Nabil semasa KG1, tapi semasa anaknya berada di KG2, Nabil saya masukkan ke Gred 1. Bagi subjek teras, Sains, Math dan English biasanya tidak menjadi masalah. Namun kami banyak bersetuju bila sentuh mengenai persekitaran sosial. Tajuk perbualan yang sering membuatkan saya terfikir seperti ingin kembali ke Malaysia menghantar anak bersekolah di sana…namun banyak faktor yang perlu difikir serta dipertimbangkan. Mungkin ia boleh dibincangkan dalam entry lain yang boleh diberi tajuk antara kerjaya & masa depan…


Spring Holiday bermula...

1 comment:

ruby said...

Alhamdulillah, seronok tengok my niece & nephew happy..