Seorang wanita
Bermahkotakan Ibu
Menggenggam jari jari kecil
Ikatan ini tidakkan terurai
Kerana tautan ini
Tautan darah dan akidah
Dan rahmat dari Allah
Kini ibu
Peganglah tanganku ini
Biarku bawa
Ibu menjelajah
Hasil titik peluhmu
Biarku bawa
Ke alam ku
Hasil ukiranmu
Selama ini
Dodoianmu ibu
Membina benteng pemisah
Antara yang hak dan yang batil
Membakar semangat perjuangan
Mengait kasih pada
Junjungan tercinta
Tersujud lemah
Mengabdi diri
Kepada yang Esa
Jika belum pernah
Kau dengar
Ucapan terima kasihku
Ketahuilah doaku ini
Semoga Tuhan menyayangimu
Sepertimana kau mengasihiku
Dari dulu hingga kini
Untuk selama lamanya
No comments:
Post a Comment