Pages

April 29, 2009

Jizan & Mempelam..


Selama tiga hari berturut2 suami berulang alik dari Abha ke Jizan kerana ditugaskan di sana. Perjalanan kira2 250km dari Abha yang mengambil masa kira2 3 jam memandu kereta. Jadi saya dan anak2 cuma menghabiskan masa cuti sekolah ini di rumah. Walaupun agak penat seharian bersama anak2 namun terasa sedikit kepuasan sekurang2nya masa cuti ini dapat saya dekati mereka, jika hari2 lain mereka sibuk ke sekolah tetapi ketika cuti ini lah ada ruang untuk saya mendekati mereka dalam keadaan yang agak tenang. Teringat saya perbualan bersama seorang rakan yang mempunyai anak yang meningkat usia remaja, katanya semakin meningkat usia anak semakin sukar untuk kita mengawal mereka, jika semasa kecil iaitu semasa bayi banyak kerja2 yang memerlukan tenaga dan masa ibu atau bapa, bangun malam susukan anak, tukarkan lampin, buatkan makanan yang sesuai, sehinggalah anak itu boleh berdikari, apabila mereka mula boleh buat beberapa perkara sendiri terasa mudahnya.

Namun semakin mudah sebenarnya semakin berat tanggungjawab, jika diperingkat usia pra sekolah dan awal sekolah mungkin kita boleh bercerita yang mudah logik akal mereka menerimanya, dan ketika inilah kita boleh gunakan pendekatan memujuk, memberi imbuhan/pujian, marah/hukuman jika mereka buat silap, pendekatan yang sesuai pada masa yang sesuai. Jika bercerita bolehlah tambah mana2 yang patut bukan nak reka2 tapi nak bagi kesedaran biar terkesan dihatinya. Tapi jika dah meningkat remaja tak boleh nak reka2 cerita nanti banyak soalannya. Berbalik pada perbualan bersama rakan tadi katanya apabila anak diusia awal remaja, pendekatan pun berbeza, lebih kepada mendekati mereka sebagai kawan, biar kita sebagai ibubapa menjadi tempat mereka bercerita. Ditambah pula sekarang ini konsep dunia tanpa sempadan, capaian2 melalui internet terlalu mudah, hanya dihujung jari, maknanya jika tidak dipersiapkan minda anak2 untuk membuat penilaian mana betul dan mana salah, bimbang akan merosakkan dirinya.

Teringat saya akan cerita seorang murid yang diminta oleh gurunya menyembelih seekor burung/merpati di mana2 sahaja, asalkan tidak kelihatan oleh sesiapapun, tapi murid itu kembali dengan burung yang masih hidup belum disembelih, katanya tidak ada satu tempat pun yang tidak ada yang nampak, kerana Allah nampak, masyaAllah jika dapat diterapkan nilai sebegitu dalam hati anak2 alangkah tenangnya, tenang kerana ke mana sahaja mereka pergi di dunia ini, apa sahaja yang dilakukan bersama prinsip iman tersebut tidak akan merosakkan dirinya didunia dan akhirat. Ini cumalah perkongsian rasa, perjalanan masih jauh..masih banyak tanggungjawab yang belum terlaksana, masih banyak tugas menanti, semoga bersama perjalanan hidup sementara ini membawa bekal terbaik untuk kehidupan kekal selamanya. Amin...

Nak cerita pasal Jizan tapi panjang pula intronya.. Jizan letaknya berhampiran Yaman/Yamen, kira2 80km dari Jizan sampailah ke Yaman, tapi jika berhajat ke Yaman lebih baik menggunakan pengangkutan udara, bukannya jalan darat atas faktor2 keselamatan. Disebabkan letak duduknya sangat hampir, maka dapat dilihat tempias budaya yang dibawa dari Yaman. Dialek bahasa arabnya juga berbeza, orangnya dikatakan lebih peramah dan santun. Malah dikatakan sejarahnya Jizan pernah menjadi rebutan antara Yaman dan Arab Saudi yang akhirnya terletak dibawah jajahan Arab Saudi.

Jarak dari Jizan ke Makkah/Madinah

Mercu tanda sauh..bandar nelayan

Ladang unta..boleh minum susu unta segar

Pasar buah mangga di tepi jalan

Jizan lebih dikenali sebagai kawasan nelayan, juga terkenal dengan pengeluaran buah2an tropikanya, musim buah mangga atau mempelam sedang melanda Jizan ketika ini, jika dilihat dari tepi highway pun dah kelihatan ladang2 mangga ni, penjual2 buah menanti pelanggan disepanjang jalan, melangkah ke bulan2 berikutnya khabarnya buah2 tersebut sudah terlalu rendah nilainya. Seperti musim durian di Malaysia, awal musim harga sekilo berbelas2 ringgit tapi bila lambakan buah yang banyak harga sekilo hanya rm2-3 sahaja. Beli buat stok tempoyak...hmm...makan pulak dengan gulai lomak cili api ikan haruan/talapia salai...mak mertua lalu pun tak perasan...

yang ni sr45 sekotak..

yang ni sr60...tapi kena tunggu 3-4 hari baru ranum

Terdapat juga barangan tembikar dijual

Kalau orang utara, kebiasaannya makan durian, mangga/pelam, cempedak makan bersama pulut bersantan, ada jugak saya kata kat suami, nape nak makan dengan pulut, makan macam tu saja lagi best barulah boleh rasa buah tu, he he..ni gara2 kena rendam pulut, kukus pulutlah ni. Kalau makan dengan pulut abah dengan umi jelah yang makan, anak2 tak payah pelawa memang menolak. Buah2 pelam dari Jizan ni ada beberapa jenis dan kategori, harga pun berbeza, dari sr25 hingga sr60 sekotak. Iras isinya agak kasar tidaklah sehalus pelam Malaysia atau pelam dari Thailand. Ada sejenis tu isinya seolah2 buah bacang dan kuinin, bila makan habis lekat celah gigi. Apapun, rasanya boleh tahan juga...

2 comments:

ruby said...

wa,bestnye makan buah tu.agak2 bwk balik Malaysia boleh x? he2, g sana makan pun sedap gak yek.. he2..

Ummu Nabil said...

kalau boleh bwk blk msia, lbh baik bwk benihnya...itu baru namanya buah tangan..:)