Macam tak percaya jer..betul ke Tun Dr Mahathir ke Abha, banyak lagi tempat lain yang boleh beliau pergi atau lawati, takkan ke Abha, tempat yang kurang dikenali...pagi ini (13 March) kami dikejutkan dengan berita kehadiran Tun M ke Abha. Beliau sampai kira2 pukul 3 ptg atas undangan kerabat diraja Saudi untuk memberikan speech yang bertajuk Volunteerism in Education based Malaysia Experience, lebih kurang begitulah. Disebabkan tidak ramai warga Malaysia di Abha ni dan kami pula satu2nya family yang menetap di Abha maka terpanggil jugalah untuk meraikan seorang yang pernah menjadi orang nombor 1 di Malaysia dan rasanya jika di Malaysia, entah jumpa entah tidak seumur hidup. Seolah2 dirancang, Kak Ila dan Hj Khuzaini sekeluarga dari Makkah sampai di Abha, maka adalah teman sama2 untuk berjumpa bekas pemimpin ini.
Temujanji asal sebelum pukul 7 malam tertunda untuk memberi laluan solat maghrib, kira2 15 minit menunggu sebab menurut PR Tun, Tun sedang edit text speechnya, tak lama kemudian dari lobi Abha Palace kami berpindah ke tingkat atas, kemudian Tun jenguk suruh masuk ke biliknya, ini memang eksklusif! Maka duduklah kami berbual2, disebabkan cuma Tun M seorang maka jadi pemerhatilah saya dan kak Ila. Walaupun telah berusia namun ketajaman buah fikiran Tun M masih terserlah. Bila diajukan soalan beliau cuba memberikan jawapan yang berfakta. Persoalan banyak menyentuh mengenai ekonomi di Malaysia dan global sekarang ini. Pertemuan dimanfaatkan sebaik mungkin dan sekali sekala Tun berseloroh sebab ramai tenaga pakar/professional dari Malaysia berkhidmat diluar negara, dan yang pasti tidaklah tersentuh soal politik. Mungkin ini bukanlah masa yang sesuai...kemudian selang 15 minit Tun Siti Hasmah keluar dan agak terkejut kerana ramai tetamu di ruang tamu, maka bersalamanlah kami. She’s very softspoken, kami bertanya khabar dan beliau sangat teruja dengan kehadiran Raihanah, sambil dia memegang jari jemari Hana, saya bertanya berapa ramai cucu dia sekarang ni, TSH jawab 17 orang, yang paling tua 22 tahun dan yang paling kecil 9 bulan, patutlah dia suka sangat tegok Hana, kemudian Nabihah datang, TSH kata boleh tak tuk nak ambil adik, tuk nak tidur dengan adik, Nabihah senyum2 geleng kepala. Seingat saya pernah sekali bertemu TSH semasa belajar di UTM dulu, beliau datang ke kolej kami untuk merasmikan sesuatu.
Pertemuan berlangsung kira2 45 minit, kami bersurai selepas selesai sesi bergambar.
3 comments:
masyaAllah....bertuah lah dpt jumpa che det yerrr....
kebetulan kak ila n co pon ader.
Waa.. I'm so surprise! bestnye dapat jumpa, bergambar cam dah kenal lama pulak tu..
hana tu cam kenal je ngan Tun Siti Hasmah, he2, kalo hana dah tahu cakap, mesti dia kata kat TSH dia pun nak jadi cam TSH dah besar nanti.
Post a Comment