Raihanah, nyenyak tidur dalam kesejukan
Sabar menunggu..
Sesampai di Abha, suhu sekitar 12 darjah celcius, sejuk.. dan berkumandangnya azan Subuh ketika kami berada dalam kawasan ketibaan.
Aktiviti di Riyadh
Bacalah adikku..
Sambil menyelam sambil minum air, sambil pergi kursus sambil makan angin bertemu rakan taulan, memaut ukhuwah menjalin persahabatan. Seminggu di bandaraya Riyadh, menyajikan pelbagai pengalaman menarik yang tak mungkin dapat dilupakan. Walaupun ada ketikanya keadaan cuaca kurang memberangsangkan serta keadaan anak2 dan suami yang selsema serta batuk2, namun ia tidak menghalang aktiviti2 kami selepas waktu kerja dan di hujung minggu. Kaum bapa sempat juga bermain futsal dihujung minggu.
Bersantai di Nokia compound
Kaum bapa bersama anak2 selepas bermain futsal
Hana & Muhammad
Paling menarik ialah kami dapat melihat hampir keseluruhan bandaraya Riyadh ini di puncak Kingdom Tower. Sekali masuk untuk kami sekeluarga cuma sr60. Walaupun kamera tidak dibenarkan masuk, namun sudah memadai dengan gambar yang diambil dari kamera telefon bimbit. Melihat keindahan kota Riyadh dari puncak Kingdom Tower yang menjadi kebanggaan rakyat Arab Saudi. Begitu juga dengan anak2 yang sangat gembira dapat bermain sesama mereka apabila bertemu, memang meriah dan riuh rendah.
Sky Bridge di tingkat 55 Kingdom Tower
Selain itu, terdapat juga banyak restoran ala Thai/Filipino yang menghidangkan juadah yang enak. Sebelum ini kami pernah ke restoran Malaysia disini yang juga menyediakan masakan ala Thai/Filipino.
Seronoknya kaum ibu dapat berjumpa
Riyadh adalah salah satu destinasi membeli belah barangan berjenama di sini. Puluhan gedung membeli belah yang besar dapat dilihat. Pada masa ini banyak kedai2 yang memberi potongan harga istimewa terutama bagi kedai2 pakaian untuk menghabiskan stok musim sejuk. Kalau tak beli window shopping pun jadilah, sempat juga berjalan-jalan di Hayat Mall dan Kingdom Tower. Kalau ikutkan banyak lagi perancangan tapi memandangkan masa yang suntuk dan anak2 yang kepenatan jadi memadailah seadanya.
Hayat Mall
Intai kami antara nampak..
Intai kami antara nampak…begitu adat kehidupan, bertemu berpisah lumrahnya alam. Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri, negara orang hanya persinggahan sementara.
Syukran jazilan diucapkan kepada Fizah, Ayu & Ina sekeluarga yang meraikan kami. Semoga Allah membalas jasa baik semua dan dimurahkan rezeki. InsyaAllah ada keizinan berjumpa lagi.
2 comments:
wah, bestnye tgk kalian seronok g Riyard. huhu, mak ude pun seronok jgk ni result exam last sem dah kuar, alhamdulillah... tinggal 2 subjek sem ni nak focus. doakan mak ude berjaya k..
Tahniah buat mak uda abin, bihah n hana. Kejayaan mak uda jadi inspirasi buat ank2 buah ni belajar tinggi mcm mak uda. InsyaAllah semoga berjaya untuk last sem ni.
Post a Comment