Pages

February 16, 2009

Antara yang tersurat dan tersirat

Banyak perkara yang kadang kala tidak boleh ditafsirkan atau diterjemahkan dalam kehidupan. Kebiasaannya mudah untuk menyampaikan maksud yang tersurat tapi sukar bagi yang tersirat. Sungguh begitu fitrah kejadian manusia sebagai makhluk yang paling istimewa jika dibandingkan dengan kejadian makhluk2 Allah yang lain. Istimewa kerana manusia dikurniakan akal untuk berfikir mana baik buruk dan diberi pilihan untuk membuat keputusan. Walau apapun samada sesuatu tindakan atau keputusan itu baik atau sebaliknya tetap akan dibalas walau cuma sebesar hama. Banyak peristiwa yang boleh dijadikan sandaran untuk menterjemahkan apa yang tersirat dan tersurat. Contohnya semasa peristiwa israk dan mikraj ketika Rasulullah diangkat naik ke langit, banyak gambaran-gambaran yang menerangkan pembalasan pada perkara-perkara yang tersirat.

Begitu juga dalam kehidupan seharian, ada kalanya akal melewati batas nafsu, dan ada kala sebaliknya. Maka dengannya manusia diingatkan agar sentiasa berwaspada dengan bisikan-bisikan yang mengarah kepada penguasaan yang membawa kepada kelalaian, kemusnahan dan kehancuran. Walau manusia diciptakan sedemikian istimewanya namun kealpaan akan mudah menghapuskan status keistimewaan tersebut. Itulah sumpah iblis dihadapan Allah sebelum dicampakkan ke bumi kerana enggan menghormati makhluk dicipta dari tanah bernama manusia. Kerana egonya maka iblis sanggup menerima hukuman seberat itu semata-mata enggan tunduk patuh perintah Allah. Nauzubillah, mudah-mudahan Allah memelihara, merahmati dan menjauhkan dari ketandusan hati, ketumpulan fikiran, kesesatan nafsu dan kontangnya iman. Ke manalah nak dituju jika hidup tiada panduan, apalah yang akan dibawa andai hidup tiada bekalan, dunia bersifat sementara tiada yang kekal abadi. Semoga kerugian tidak dimiliki tetapi keuntungan pahala dinikmati.

No comments: