February 28, 2009
Home Sweet Home
Sampai di Abha pukul 8 pagi. Sesi persekolahan untuk second term sepatutnya bermula hari ini, cuti lagi satu hari, esok anak2 baru mula ke sekolah. Alhamdulillah…lega boleh tarik nafas panjang. Cuti sekolah selama dua minggu ni rasanya macam2 yang berlaku, bermula dengan Nabil kena chickenpox, seminggu kami di Riyadh, sekembali dari Riyadh, Nabihah dan Raihanah pula dapat chickenpox, berulangalik dari rumah ke hospital yang asalnya nak ambil vaksin untuk Raihanah bulan ke empat tapi bertukar ambil ubat untuk campak. Kemudian kami ke Makkah, alhamdulillah dapat kerjakan umrah. Seterusnya ke Jeddah untuk perlawanan takraw piala Tabung Haji dan hari ini sekarang ini dirumah, back to normal…pelbagai peristiwa berlaku, kita plan sebegini tapi Allah plan sebegitu, manusia hanya merancang. Tidak dapat dijangkau oleh akal manusia apa yang akan berlaku seterusnya. Tunduk sujud di Hijr Ismail terasa begitu sayu, hanya Allah tempat mengadu, Alhamdulillah masih diberi kesempatan dan waktu mengunjungi baitullah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar, walaupun abng, kakak n hana diserang chickenpox, travel ke Riyard dan Jedah masih dpt dterskn..Allah sentiasa bersama orang2 yang sentiasa mengingatiNYA..
Post a Comment