Pages

February 07, 2009

Semalam...6 February 2009

Hari ini cuaca di luar tidak begitu baik, angin bertiup agak kencang menerbangkan partikel2 halus, debu dan lainnya. Rancangan asalnya nak keluar membeli barangan keperluan rumah terpaksa dibatalkan. Cuma Nabil dan abahnya keluar tunaikan solat Jumaat di sebuah masjid yang khutbahnya disampaikan dalam Bahasa Inggeris.

Isu semasa yang masih hangat isu di Palestine yang masih belum selesai dan isu di Malaysia, kemelut politik yang melanda Perak. Sungguh manusia hanya merancang namun ketentuannya pada Pencipta. Hanya Dia yang tahu. Musibah yang menimpa adakalanya sebagai ujian tanda kasih Pencipta pada hambaNya. Dan kerana itulah manusia diciptakan, sebagai hamba dan khalifah di muka bumi. Sebagai hamba yang tunduk dan patuh hanya padaNya dan sebagai khalifah yang memakmurkan muka bumi. Mencari-cari justifikasi memujuk hati yang adakalanya hampa dan kecewa melihat kehancuran dan penindasan yang berlaku terutamanya kepada umat islam dan mereka yang inginkan kebenaran, menegakkan keadilan.

Melayari blog rakan yang sekarang sedang melanjutkan pelajaran di Sheffield, UK. Bumi yang kini diselubungi salji yang lebat. Terpaku sejenak melihat snowman yang dibina. Anak2 pun teruja, nak buat snowman! Hmm…nak buat snowman kenalah tunggu Abha ni ada salji, kata abahnya. Kami ketawa ….bilalah agaknya Abha nak ada salji, hujan ais adalah… kebesaran Illahi, pertukaran cuaca dan musim.

Hujan Ais di Abha beberapa tahun lepas

Seronoknya dapat buat sendiri snowman…

Salji setebal 10 inci, paling lebat dalam masa 4 tahun


Kesejukan di Abha semakin berkurangan sekarang ni, suhu sekitar 16 darjah Celcius, matahari mula terasa bahangnya sebelah pagi namun sebelah petang angin bertiup masih terasa sejuk dan pada sebelah malam heater masih diperlukan. Ketika inilah masa sesuai untuk memulakan kerja-kerja menanam pokok bunga. sebelum menjelang musim panas bunga-bunga akan mekar cantik. Aktiviti tambahan untuk suri rumah seperti saya, tahun ni bunga yang ada cuma dibela, cantas mana yang patut, rasanya tak tambah pokok yang baru sebab dah ada aktiviti tambahan lain; berblog.

1 comment:

ruby said...

message to Nabil(my beloved nephew);wishing u good luck on your exam, I love u.. to my sleeping beauty princes; you're a good girl,help umie to look after baby hana ok, I miss u so much..