Pages

February 09, 2009

Abha dan Pelancongan

Hari ini mencari-cari ruang dan peluang nak duduk depan laptop untuk update blog ni, baru je nak tekan kekunci ni kakak dah panggil nak itu dan ini, pastu adiknya pula menangis nak susu, maka terpaksalah ditangguhkan sementara niat tu. Suami balik lewat ada pertemuan dengan Tuan Hj Ahmad dari agen pelancongan Bahrul Mazi yang membawa seramai 16 orang jemaah Malaysia datang melawat Abha. Mereka yang datang melalui pakej ziarah menggunakan visa ziarah. Penerbangan dari Jeddah terus ke Abha selepas menziarahi Madinah dan mengerjakan umrah di Makkah. Berada selama 3 hari di Abha dan akan ke Najran selama 2 hari. Antara yang tempat yang dilawati sekitar Abha termasuk al Saudah, al Habalah dan muzium Abha (kami pun tak pernah sampai) serta Green Hill. Tapi suami tak sempat nak ambil gambar untuk muatkan dalam blog.

Sebahagian pemandangan Abha

Kereta kabel di Al Habalah

Seingat saya, inilah julung-julung kalinya jemaah umrah Malaysia datang melawat Abha dan Najran. Jika selama ini hanya segelintir orang Malaysia yang pernah sampai ke sini bertujuan untuk bekerja dan pelajar2 Universiti Umm Al Qura dan Universiti Madinah. Pernah sekali pada tahun 2006 krew TV3 Jejak Rasul sampai ke Abha sebelum ke Najran untuk pengambaran di Okhdood.

Krew Jejak Rasul TV3 di Abha tahun 2006

Perjalanan dari Abha ke Najran cuma mengambil masa lebih kurang empat jam menaiki kereta. Okhdood adalah satu tempat sejarah Islam yang mana kisahnya terdapat dalam Al Quran beribu2 tahun dahulu. Kami sekeluarga pernah ke sana dan sememangnya tempat itu patut dilawati bukan hanya kerana peristiwa Okhdood, tetapi kawasan sekitarnya yang memiliki nilai2 sejarah.

Muzium Najran

Kawasan bersejarah Okhdood

InsyaAllah saya akan cuba dapatkan gambaran yang lebih terperinci mengenainya dilain kelapangan. Berbalik kepada bandar Abha, mungkin kini boleh menjadi salah satu destinasi alternatif untuk dilawati. Tarikan utama di sini kerana keadaan kawasan tanah tinggi yang mempunyai suhu yang rendah sepanjang tahun walaupun pada musim panas. Bermulanya musim panas sekitar bulan Jun dan Julai, maka ramailah rakyat Saudi yang datang ke Abha untuk menikmati cuacanya yang nyaman. Jangan terkejut jika pada waktu itu tiket kapal terbang, hotel2 dan furnish apartment habis ditempah serta harganya melambung tinggi berganda-ganda...Eh, ni macam nak promosi Abha nampak gayanya. Yea kepada sesiapa yang berhajat untuk ke Abha ahlan wal sahlan diucapkan.

2 comments:

ruby said...

waaa.. nak sangat gie sana, mak abah tinggal kat sana 3 bulan pun tak puas..smpai sekarang cite pasal abha tak lekang kat mulut mak abah, hepi sangat mereka dapat tinggal ngan anak,menantu n cucu2 tersayang kat abha.. semoga kalian semua sentiasa gembira dan bahagia kat sana k..

Ummu Nabil said...

terima kasih mak uda...insyaAllah ada keizinan, ni dah ada peluang lalu travel agen blh dtg sini, kita buat rombongan satu family dtg sini, insyaAllah.