November 07, 2009
Peringatan buat diri
Apabila dibuai oleh rutin tugas yang sama, serupa juga halnya dengan hati manusia perlu kepada pengemaskinian, update kepada hal2 hubungannya dengan Pencipta, begitu juga hubungan dengan masyarakat yang tidak boleh diabaikan. Berada dalam lingkungan batas kemampuan yang terhad semoga Allah memberi kekuatan dan memudahkan jalan.
"Engkau-lah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah dan kepada Engkau-lah kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang2 yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang2 yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang2 yang sesat."(Al Fatihah : 5 - 7)
October 19, 2009
October 17, 2009
Bermulanya sesi persekolahan..
Masih teringat ketika zaman saya mula bersekolah, selesai pendaftaran dan pembahagian kelas akan kelihatan ibu atau bapa yang berdiri mencuri pandang anak2 dari luar tingkap. Di mana anaknya ditempatkan, siapakah kawan2 sekelasnya, gurunya dan pelbagai maklumat yang cuba dirakam dalam ingatan. Hari ini saya dapatkan merasakan apakah yang tersemat di hati ibu dan bapa yang menunggu dan mencuri2 pandang di luar tingkap itu walaupun cuma bersahaja, namun jauh di sudut hati mereka mahu anaknya berjaya, anaknya celik huruf dan celik akal, meneroka seberapa banyak ilmu, menjadi seseorang yang bermakna, itu harapan walaupun ibu bapa dulu tidak pandai mengungkapkan kata2 namun kesungguhannya, kepayahannya cukup menyatakan dia mahu anaknya berjaya, tidak susah melalui hidup. Malah juga dengan kepayahan itu menjadi faktor pendorong anak2 untuk berjaya, tidak wujud ketika itu program2 motivasi seperti yang ada hari ini. Impak dari kesusahan jika dilihat secara positif akan memberikan kesan yang lebih baik dan bertahan lebih lama.
Walaupun zaman berubah, namun harapan ibu dan bapa tetap sama, mahu yang terbaik untuk anak2 mereka. Melihat anak2 ke sekolah hati ibu dan ayah penuh dengan doa dan harapan, semoga perjalanan yang akan di lalui mereka dipermudahkan, inilah yang dapat dibekalkan dan semoga dengan ilmu itu dapat menyuluh sepanjang perjalanan kehidupan dunia malah akhirat juga.
Menaiki bas ke sekolah
Al Rowad International School, Riyadh
Genap setahun
Pada 14 Oktober lalu Raihanah genap setahun, semoga membesar dengan sihat dan ceria. Ummi, abah, abang dan kakak sayang hana..Happy Birthday Sayang!
September 28, 2009
Kenangan lalu..
“Wan apa khabar?” Tanya saya memulakan perbualan dengan nenek di kampung.
“Alhamdulillah..sihat, sedara mara baru je balik,ramai yang datang beraya tadi, ingat jugak kat wan ni...” ujarnya penuh semangat dalam loghat Negeri Sembilan.
“Angah, tak lama lagi wan nak pindah ke rumah sewa..” sambungnya.
“Eh, kenapa pulak wan?” tanya saya
“Dah takda sapa lagi kat sini, jiran belakang rumah tu nak pindah, rumah mesra rakyat yang dia mintak dulu dah siap, tinggal wan saja kat sini.” ujarnya lagi.
Setelah masuk tahun ke 7 arwah atuk meninggalkannya, dia akan sekejap2 saja tinggal di rumah anak2, selebihnya lebih selesa tinggal di rumah sendiri, tetapi memandangkan rumah itu jauh dari rumah2 yang lain dan penghuni kampung itu juga seorang demi seorang pergi menyahut panggilan Illahi, maka kesunyiannya bertambah2. Yang ada hanyalah pekerja Indonesia yang tinggal berdekatan mengerjakan ladang sawit. Dan yang selebihnya kera2 hutan yang datang berhimpun terutamanya apabila musim buah menjelang. Rumah wan dikelilingi oleh pokok buah2an termasuk durian, manggis, rambutan, langsat, kundang, jambu air, cempedak, nangka dan pelbagai lagi. Pokok2 yang di tanam sendiri oleh arwah atuk dan dapat dimakan oleh anak cucu malah cicitnya, anak saya yang sulung.
“Takpalah wan, kalau itu yang terbaik, ada juga nanti jiran2 yang dekat, taklah sunyi sangat.” ujar saya memujuk, kerana saya tahu dia sedih untuk meninggalkan rumah itu.
Sebenarnya jauh disudut hati saya juga sedih..sedih apabila mengenangkan rumah yang pernah menyaksikan kemeriahan suasana desa kini tinggal sunyi dan sepi. Suasana syawalnya juga berbeza, tiada lagi bunyi mercun dimalam raya, tiada juga suara takbir rumah ke rumah memuji kebesaran Ilahi, begitu juga para ibu dan anak2 gadis yang sibuk di dapur. 30 tahun sudah berlalu, namun banyak kenangan yang masih segar diingatan. Kenangan yang pada hemat saya sangat manis untuk dikenang.
Kehidupan desa ketika itu tidak sunyi, penuh dengan aktiviti harian yang sibuk bermula seawal selepas subuh. Arwah atuk sangat tegas orangnya, dia imam dimasjid kampung itu. Setiap waktu solat dia akan ke masjid dengan motosikalnya kerana masjid terletak agak jauh dari rumah. Ketika saya di zaman kanak2, arwah atuk bersawah padi, disamping itu juga mempunyai kebun getah dan membela lembu. Apabila menjelang senja, atuk akan membakar sabut2 kelapa kering yang mengeluarkan asap, nak halau nyamuk, katanya. Apabila tiba musim buah2an datanglah peraih2 buah membeli buah2an. Kenapa murah sangat diaorang ambil? rungut saya ketika itu, habis tu nak buat apa buah ni banyak2, nak buat tempoyak pun dah banyak, sahut wan. Ada ketikanya arwah atuk akan masuk ke hutan bersama anak lelaki dan menantunya mencari petai dan jika ada rezeki bertemu pelanduk hutan, kendurilah kami. Jika selepas hujan pula, dia akan balik dengan sebaldi cendawan yang tumbuh segar dicelah2 batang pokok yang tumbang. Sumber makanan kampung yang sihat dan murah, masak gulai ikan sungai salai atau ayam kampung dimakan bersama tempoyak berulamkan sayur2an dari keliling rumah. Persekitaran yang dikelilingi oleh sumber alam yang kaya dan tidak tercemar.
Namun kini segalanya menjadi lipatan kenangan. Kenangan yang mengajar erti nilai sebuah kehidupan. Kini tinggallah wan saya bersendirian meniti hari2 tuanya tanpa insan bernama suami. Lama juga wan mengambil masa memulihkan semula kekuatan selepas arwah atuk meninggal, sehingga terjejas kesihatan mata dan badannya. Yang ada hanyalah anak cucu datang menjenguk yang turut dihambat oleh masa untuk meneruskan kehidupan di zaman serba mencabar ini. Bila diimbas kembali mengapa hanya apabila kita kehilangan sesuatu maka barulah kita sedar dan terasa kehilangan seterusnya timbul rasa rindu. Dan perasaan yang sama juga terhadap ramadhan yang telah berlalu, sempatkah untuk bersama ramadhan yang akan datang? Semoga kita masih belum terlewat untuk menilai dan menghargai detik2 ketika ini agar kehilangannya tidak terlalu dirasai.
July 22, 2009
Abha oh Abha!
Apapun segalanya perlu diterima dengan hati yang terbuka, pujuklah, berbaik sangka segalanya perlu berhikmah supaya sabar, redha dan pasrah lebih mendominasi. Pastinya Dia yang lebih mengetahui setiap hikmah dan pengajaran. Ya, Dia Maha Mengetahui, hatta sehelai daun gugur ke bumi, sungguh terkesan apabila teringat ungkap kata bahawa setiap yang berlaku semuanya telah diatur dengan cantik, indah dan begitu tersusun. Apapun yang telah, sedang dan akan terjadi itulah yang terbaik walaupun mungkin kita tidak mengkehendakinya atau menyukainya.
Walaupun begitu sebagai manusia berserah sahaja bukanlah penyelesaian yang terbaik, kita perlu kepada kehendak atau usaha kerana Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum melainkan mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka (ar Ra’ad:11)
Syukur…apabila kita bersyukur maka Allah akan tambah lagi tetapi apabila kufur dengan nikmat maka buruklah padahnya. Ya! Itu janji Allah. Menjadi hambanya yang sentiasa bersyukur dengan nikmat yang tidak terhitung, hatta jika segala ranting dipepohon dijadikan pena dan air dilautan dijadikan tinta untuk menulis nikmat yang Allah berikan pun belum cukup untuk mencatat semuanya.
Menggamit Kenangan..
Beberapa minggu ini bumi Abha saban hari diselubungi awan mendung membawa hujan lewat petang dan malam. Angin sejuk dan nyaman menyapa seolah mengucapkan selamat datang kepada pengunjungnya. Terubat juga sedikit rindu pada tanah air apabila mendengar dan melihat titik titik hujan turun membasahi bumi. Mengimbas setahun yang lalu ketika ini menikmati keenakan buah2an tempatan di Malaysia, durian, rambutan, manggis dan sebagainya. Anak2 gembira berlarian di tepian pantai menyedut udara petang, lambaian daun kelapa begitu indah dan mengasyikkan. Tidak lupa juga pastinya masak gulai cili api yang digemari Nabil, anak yang sulung. Apa sahaja bahan utamanya, ayam kampung, ikan salai bersama bacang muda, asal gulai itu dia makan berselera sungguh. Mana mungkin boleh disamakan dengan masakan sebegitu di Abha, di rumah atuk, santan kelapa segar daripada buah kelapa dari pokok belakang rumah, cili api pula dipetik dari pokok di halaman rumah, kata saya apabila dia mula membandingkan masak gulai cili api di Malaysia dan di Abha.
Pulang ke Alor Setar pula terhidang pemandangan indah hijau menguning padi di bendang. Begitu damai dan tenang. Menurut resam padi semakin berisi semakin tunduk, terkandung makna yang begitu tersirat. Sejauh mana pun destinasi, selangit mana pun kejayaan digapai tidakkah itu sepatutnya menjadikan kita semakin tunduk, tunduk pada yang Memberi. Menjadikan kita punya hati yang sentiasa insaf dan sedar akan keupayaan dan kekurangan diri. Begitulah betapa sempurna ciptaan Nya menyusun setiap kejadian alam, saling berkait dan berkerjasama.
‘Dan sesungguhnya orang-orang yang berjihad (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang berbuat baik’ (Al-Ankabut ;69)
Tetamu dari Makkah
Minggu lepas kami dikunjungi oleh tetamu dari Makkah, Hj.Azam dan Niza. Aktiviti bersama yang menggembirakan apatah anak2. Jika di Abha ketika ini pastinya tapak perkelahan as Souda dan Al Habalah yang menerima ramai pengunjung disamping Abha Shopping Festival yang menyediakan pelbagai pilihan barangan terutama dari Cina.
Laluan masuk ke Al Habalah
Pemandangan cerun gunung di Al Habalah
Hana, 9 bulan
Ceria bersama uncle Azam & aunti Niza
June 28, 2009
Selamat tinggal Abha!
June 21, 2009
H.A.P.P.I.N.E.S.S =)
Its a gift. it has no condition.
You can be content and happy regardless of what your circumstances are because it is what you feel inside.
From the world’s eye view, success, power, being rich, famous, beautiful and handsome should make any person happy and content and being the total opposite would make any person feels miserable and all out stressed but Islam teaches us differently. No wonder we are branded as ‘the strangers’.
"Strange is the affair of a Muslim. Verily all his affairs are good for him. If something pleasing befalls him he thanks Allah and it becomes better for him. And if something harmful befalls him he is patient and it becomes better for him. And this is only for the Mu’minin. "
Yes, sounds simple enough to read, but to practice it?
It is somewhat a normal reaction for us human to be upset when something bad happens, and happy when something good happens. Very rare to find it the other way round. The reason we think we are happy is because we get what is pleasing to us, and the reason we think we are upset is because we get what is distressing to us.
Notice the word ‘think’.
" …it may be that you dislike a thing which is good for you, and that you like a thing which is bad for you. Allah knows but you do not know." [2:216]
But Allah did give us the capacity to work and pursue our goals and dreams. Allah commands us to try our utmost best to achieve it. And naturally, of course you would like to achieve what you worked hard for. That’s the whole point for working hard for it in the first place isn’t it?
But Allah is so Merciful towards His servants, that He only wanted to give the very best of results to His servants. Only the best. Nothing less than that, and Allah knows what would be the best for His servants, in the long run, in the bigger picture, because Allah is all Knowing, His Knowledge encompasses over every single detail.
“..and He Has the keys of the unseen, none knows it but He, and He Knows what on the land and in the sea, not a leaf falls but He Knows about it, and not a grain in the darkness (depth) of the earth nor any thing wet or dry but in a very comprehensive book (record)”. [6:59]
So the conclusion of this whole ranting?
A sweet invitation from the Almighty to all of us.
May we all find happiness in both this world and the hereafter…Ameen…
June 19, 2009
Percutian di atas bukit
'Green Hill'
Panorama sekitar bandar Abha
Selesai menikmati keindahan panorama, pengunjung bolehlah duduk beristirehat dan bersantai sambil menikmati hidangan petang dan menghirup udara segar. Percutian di atas bukit ini menjanjikan pengalaman baru kepada pengunjungnya. Jadi, kepada sesiapa yang inginkan kelainan percutian dalam negeri, ahlan walsahlan diucapkan ke Abha.Arabic coffee atau gahwah yang enak diminum bersama kurma
Panorama senja yang indah
Panorama senja menuruni bukit
June 18, 2009
Abha dalam kenangan..
Ya, sememangnya Abha banyak menyimpan cerita suka duka hidup diperantauan.
Masih saya ingat lagi, ketika kami kerjakan haji pada tahun 2006 antara doa saya ketika itu ialah supaya suami diberikan kerja di tempat yang tetap, kerana pada masa itu kami berpindah randah dari satu daerah ke satu daerah, alhamdulillah Allah tetapkan kami di sini. Jika diberi pilihan daerah yang akan dikunjungi di negara padang pasir ini pastilah bukan Abha menjadi pilihan utama, namun bagi kami sekeluarga yang menetap di sini seperti kata pepatah alah bisa tegal biasa. Mula2 terasa asing dan janggal, lama kelamaan rasa serasi. Rasa serasi dengan persekitaran sosial di sini walaupun taklah sama bergaul dengan rakan senegara, rasa serasi dengan cuacanya yang bermusim, proses adaptasi yang berlangsung dengan masa. Namun tidaklah dinafikan ada kalanya terasa kekosongan kerana tidak berada dalam lingkungan sosio budaya yang sama. Hujan emas dinegeri orang, ataupun jika takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai, atau alang2 menyeluk pekasam.. mungkin lebih kurang begitulah perumpamaannya, dengan pilihan yang ada kita perlu memberi justifikasi secara positif atas keputusan atau pilihan kita sendiri. Manusia hanya merancang dan berusaha, tapi perancangan dan perencanaan Allah itulah yang terbaik.
Kakak pegang Hana kuat2 ye
my baby Raihanah, 8 month
my son..Muhammad Nabil
my daughter..Nur Nabihah
semoga jadi anak yang soleh & solehah..
June 15, 2009
Peringatan Buat Diri
From http://heartsandhugs.wordpress.com/
Assalamualaikum..
Kawan-kawan..kite sedar tak siapa musuh kita? Orang kafir? Orang Israel? Orang jahat? Orang yang tak suka kite? Orang yang suka potong queue mase nak naik tren? Orang yang jeling kite cam die bagus sangat? Orang yang buang chewing gum merata-rata? Hmm…ade Quran x kat tangan? Jom selak ayat-ayat nih…
“Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu; maka ambillah ia sebagai musuh. Ia menyeru golongannya hanya supaya mereka menjadi di kalangan orang-orang penghuni neraka yang menyala-nyala.” (35:6)
“Ia (syaitan) adalah musuh yang nyata bagi kamu.” (2:208)
Sejak zaman tok Adam lagi syaitan dah berjanji dengan Allah yang dia akan menyesatkan kite..Dan Allah dah bagi green light pun..
“Dan perdayakanlah siapa sahaja yang engkau(Iblis) sanggup dengan suaramu (yang memukau), kerahkanlah pasukanmu terhadap mereka, yang berkuda dan yang berjalan kaki, dan bersekutukanlah dengan mereka pada harta dan anak-anak lalu beri janjilah pada mereka” Padahal syaitan itu hanya menjanjikan tipuan belaka kepada mereka. (17:64)
Perasan tak? Allah dah cakap awal-awal.. Syaitan hanya menjanjikan perjanjian tipu-tipu buat kite….kena tipu hidup-hidup kite ni…
Dan syaitan kate ape?
Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan, dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur. (7:17)
Dia syaitan jadikan kite rase best sesangat bile buat dose tu…Contoh;korang pernah rase tido lama2 dan bermalas-malasan tu best giler tak? Mesti pernah kan? kan? haa..Macamtulaa…
Dan (ingatlah) ketika syaitan menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan (dosa) mereka dan mengatakan, ” Tidak ada (orang) yang dapat mengalahkan kamu pada hari ini, dan sungguh, aku adalah penolongmu.” Maka ketika kedua pasukan itu telah saling melihat(berhadapan), syaitan balik ke belakang seraya berkata, ” Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu; aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihat; sesungguhnya aku takut kepada siksaan Allah.” Allah sangat keras siksaan-Nya. (8:48)
Tipu..tipu..die tipu kite je, depan cakap lain, belakang cakap lain..ish..kalau kawan kite le yg cakap gitu..putus sahabat..Huh, begitu sekali kite menghukum kawan kite..tapi syaitan?
Pikir-pikir balik..geram kan? Geram giler. tapi..tau syaitan cakap ape? meh tengok ayat bawah ni…
Dan syaitan berkata ketika perkara(hisab) telah diselesaikan, “Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu melainkan (sekadar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku, tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku tidak dapat menolongmu, dan kamu tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu.” Sungguh, orang yang zalim akan mendapat siksaan yang pedih. (14:22)
Huu….boleh pulak dia kata gitu..CERCALAH DIRIMU SENDIRI…nampak sangatla kita ni buta mata hati kalau still nak ikut die(syaitan)..kan?kan?
Tau tak syaitan tu kat mane sebenarnye?
haa..nila gambarannye..
Tu, yang orang lidi penuh tande soal tu kita le kononnye..dan sepatutnye kite ikut je anak panah tu…Tapi sepanjang-panjang perjalanan akan ade junction2 yang mengarah ke jalan yang tak sepatutnye..yang menjauhkan kite dari destinasi sebenar seperti yang ditunjuk anak panah tu…
Antara jalan lurus dan cabang2 tu..syaitan di mana? haa..yang merah-merah tu syaitan la…die duduk kat simpang je..dia akan seru kite..goda kita..sampai kita berubah hati dan nak masuk simpang jalan kemaksiatan tu….lepas kite masuk je simpang tu..die cuci tangan..Mission accomplished..
Iblis menjawab, “kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan menghalangi mereka dari jalan-Mu yang lurus“ (7:16)
Sebab tu kalau kite dah sedar kite sesat..kembalilah ke pangkal jalan..baru kite jumpa balik arah sebenar kite..InsyaAllah…Berdoalah pada Allah, supaya tunjukkan balik jalan yang lurus tu..sepertimana yang kite insyaAllah duk lafaz hari-hari pagi petang siang malam dalam surah al-Fatihah…
Tunjukilah kami jalan yang lurus. (1:6)
Kita ni..Allah yang cipta..Syaitan pun Allah yang cipta..Allah tu Maha Kuasa..Syaitan tak takut ngan kite..tapi dia (syaitan) takut dengan penciptanya..jadi mintalah pada Allah
Macam kita gaduh dengan kawan kat kantin skolah sebab berebut nasik lemak,padahal kite cop dulu nasik lemak tuu.. mesti kite ngadu kat cikgu kan? Takpun makcik kantin.Masa tu kita rasa cikgu atau makcik kantinlah yang paling berkuasa untuk membela kita..hehe(sori selingan)
Dan jika syaitan datang menggodamu, maka berlindunglah kepada Allah. (dengan lafaz istia’zah). Sungguh Dia Maha Mendengar Maha Mengetahui. (176:200)
Kadang-kadang kita rase kite ni lemah betul..senang sangat ikut cakap syaitan..
Sesungguhnya syaitan itu tidak akan berpengaruh terhadap orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhan. Pengaruhnya hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikannya pemimpin dan terhadap orang yang mempersekutukannya dengan Allah. (16:99,100)
Sesungguhnya orang-orang bertaqwa apabila mereka dibayangi fikiran jahat (berbuat dosa) dari syaitan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu mereka melihat (kesalahan-kesalahnnya).(176:201)
“Sesungguhnya (terhadap) hamba-hamba-Ku, engkau (Iblis) tidaklah dapat berkuasa atas mereka. Dan cukuplah Tuhanmu sebagai penjaga.“(17:65)
Huhu..Mari semak balik diri kita…Iman..Tawakkal..Taqwa..Ingat Allah..Hamba..ade tak semua tu kat kita??…..huuu..sob..sob
Dan..kalau kita ikut cakap syaitan jugak…adakah kite termasuk dalam golongan yang disebut dalam ayat (16:100)..nau’zubillah..taknak sebut..huhu..
wallahua’lam….
June 12, 2009
Abha oh Abha..
Hujung minggu lepas sempat juga kami berkunjung ke Al-Habalah, terletak kira2 50 km iaitu sejam perjalanan dari rumah. Sesuai sebagai kawasan perkelahan yang menyajikan pemandangan pergunungan yang indah, ala grand canyon, batu batan yang terbentuk hasil proses luluhawa, begitu indah dan unik. Kali pertama kami berkunjung ke Al Habalah kira2 3 tahun lepas. Tapi tak sempat nak ambil banyak gambar, hujan turun dan kami pun sebentar saja.
Hana, lagi 2 hari 8 bulan
Hidangan bersama bihun goreng, udang bakar dan sambal kicap
ikan dibakar..
Biskut semperit pun ada..nyummi
persediaan musim panas
Hana dan abah, sambil duduk2 menikmati angin malam
June 09, 2009
Sempena Hari Bapa
Jika bulan Mei sinonim dengan hari ibu, Jun pula hari untuk memperingati para bapa. Benarlah kata pujangga, kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya bapa berkorban nyawa. Jika dulu bapa atau apa sahaja panggilannya berperanan lebih di luar rumah, mencari rezeki, perginya pagi pulangnya petang atau malam. Semata-mata mencari sesuap nasi untuk anak dan isteri. Tetapi kini zaman berubah, peranan bapa juga turut berubah, kerana bukan bapa sahaja yang keluar mencari rezeki malah ibu juga turut membantu mencari nafkah menambah pendapatan, menjana ekonomi keluarga. Maka dilihat peranan bapa sudah mula berubah, tidak hairan jika dilihat bapa hari ini sama2 menjaga anak malah mengurus rumah tangga. Namun bukanlah suatu yang keterlaluan, kerana di dalam Islam juga para bapa dituntut untuk memudahkan kerja2 suri di dalam rumah tangga. Rasulullah sendiri dilihat sebagai qudwah yang terbaik di dalam urusan rumah tangga baginda.
Saya tertarik kepada salah satu artikel keluaran majalah Keluarga bulan Jun 2009, yang bertajuk berapa lamakah anda akan bertahan tanpa isteri. Bersama beberapa survey yang dilakukan penulis, rata2 begitu gembira jika tiba2 mendapat nota dari isteri yang menyatakan ingin pulang rumah ibu atau pergi bercuti barang seminggu dua. Alasannya bolehlah buat sesuka hati di dalam rumah tanpa terbelenggu dengan disiplin, terhindar dari mendengar ceramah motivasi percuma, boleh menonton TV bila2 masa, namun ringkas cerita akhirnya penulis akur yang bukanlah mudah tanpa kehadiran seorang suri yang bernama isteri. Menarik juga ye...sekiranya para isteri ditanya soalan yang sama mereka juga mungkin akan memberikan jawapan yang seirama. Namun perkahwinan bukanlah ertinya menyekat kebebasan seseorang tetapi menjadikan seseorang lebih bertanggungjawab serta bersungguh2 ke arah yang lebih baik kerana sesungguhnya Allah menjadikan setiap makhluk itu berpasang2an agar saling lengkap melengkapi, bergandingan memikul amanah Allah yang tidak lain tidak bukan hanya keranaNya.
Berbalik peranan bapa hari ini, sememangnya lebih mencabar. Mencabar kerana bukan sahaja tanggungjawab utama mencari nafkah tetapi juga perlu terlibat secara aktif mendidik anak2. Bapa perlu peka dengan perubahan persekitaran anak2, keperluan fizikal dan rohani anak2. Bukan sekadar menyediakan keperluan makan, minum dan pakaian mereka. Sememangnya ramai bapa yang baik dan bertanggungjawab namun tidak kurang juga yang sebaliknya. Jika semua bapa berperanan secukupnya tidaklah timbul masalah sosial hari ini kerana kekuatan sesebuah rumahtangga bergantung penuh kepada ketua keluarga. Ke mana arah tujuan, apakah acuan yang diguna pakai segalanya ditentukan pengemudi bahtera laksana nakhoda kapal yang perlu pastikan anak2 kapalnya selamat, tidak hanyut dilautan dan berjaya sampai ke destinasi yang dituju. Pastinya kesejahteraan dunia dan akhirat yang dicari. Selamat di dunia selamat juga di akhirat..insyaAllah.
Sempena hari bapa ini pastinya saya ucapkan khas untuk abah saya yang tidak pernah kenal erti penat mencari rezeki membesar dan mendidik kami tujuh beradik. Begitu tinggi pengorbanan mak dan abah yang meletakkan keutamaan anak2 melebihi keutamaan sendiri. Juga buat abah kepada Nabil, Bihah dan Hana yang sangat peduli kepada keperluan anak2. Semoga segala kebaikan akan menjadi saham akhirat..amin.
June 02, 2009
Abha-Jeddah-Makkah
Pada bulan Febuari yang lalu, suasana lebih lengang berbanding ketika ini di mana kelihatan ramai jemaah memenuhi kawasan masjid untuk mengerjakan umrah. Kebanyakan jemaah luar dilihat datang dari Iran, Indonesia, India, Pakistan dan juga Malaysia di samping jemaah2 tempatan dan sekitar Jazirah Arab. Memandangkan kami membawa bersama anak2, untuk mengurangkan suasana yang sesak, maka kami mengerjakan tawaf agak jauh dari Kaabah, selesai tawaf kami beredar ke kawasan untuk mengerjakan saie. Dari bukit Safa ke bukit Marwah. Kali ini perlu bergilir2 memandangkan Bihah dan Hana yang kepenatan. Namun Nabil tetap bersemangat untuk mengabiskan tujuh pusingan. Alhamdulillah selesai mengerjakan umrah untuk kali ini, semoga ibadah ini diterima olehNya.
Syukur alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk mengunjungi tanah haram, kota suci Makkah di mana Allah menjadikan hati-hati manusia merinduinya dan mewajibkan ke atas hamba-hambaNya yang mampu agar mengunjunginya dengan dijanjikan pahala yang berganda. Makkah, tempat di mana terletaknya Kaabah, yang dibina oleh Nabi Ibrahim bersama anaknya Nabi Ismail atas perintah Allah, di situlah juga keluarnya air zam2 iaitu air yang paling berkat di atas muka bumi dan tempat kelahiran Nabi yang terakhir, Nabi Muhammad saw, penghulu sekelian Rasul.
Sabda Nabi yang maksudnya “Solat di Masjidku ini (Masjid Nabawi) lebih baik daripada 1000 kali solat di masjid lain kecuali Masjidil Haram lebih afdal daripada 100 kali solat di masjidku ini (iaitu 100 ribu kali di masjid lain).
Gambar2 sekitar kerja2 pembinaan bagi tujuan pembesaran kawasan masjid yang sedang giat dijalankan,
Kak Ina sekeluarga dari Malaysia
Ruang legar Zam Zam tower
Qistina genap 44 hari
Bersama Sue & keluarga di Jeddah
p/s: Jzkk Pua, kak Syam dan kak Ina sekeluarga atas kiriman barang2 dari Malaysia serta Kak ila & Fizah kerana sudi membawakan Barakah untuk kami dari Mesir.