Pages

December 01, 2010

Jalan-Jalan Hujung Minggu


Dari Riyadh ke Al Khobar

Cuti hujung minggu yang lepas kami berkunjung ke Al Khobar iaitu salah satu bandar pengeluar minyak dan juga bandar nelayan di Saudi Arabia yang terletak berhampiran  Dammam dan Dhahran iaitu kira-kira 4 jam perjalanan menaiki kenderaan dari Riyadh . Menariknya Al-Khobar ini ialah kedudukannya yang terletak di persisiran laut dan berhampiran dengan sempadan negara Bahrain. Jika dari Khobar kita boleh menyeberangi jambatan sehingga ke pintu masuk negara Bahrain tetapi visa diperlukan jika ingin memasuki negara tersebut. Cuaca di Khobar ketika ini sejuk dan  nyaman sesuai bagi mereka yang inginkan kelainan dengan panorama persisiran pantai yang cantik.  Bagi rakyat Malaysia, di sini terdapatnya Restoran Malaysian Kitchen yang menawarkan menu masakan Malaysia.



  
Menyusur jambatan ke Bahrain

Sampai di sini sahaja, pintu masuk ke Bahrain








Telur ayam

segar dan murah
sr7 sekilo
Padang pasir sepanjang jalan





Sungguh manusia dan alam tidak dapat dipisahkan ibarat walau di mana bumi di pijak di situ jualah langit dijunjung, walau sehebat mana alam di dekorasi bagi makna pembangunan, fitrahnya tetap akan kembali ke asal. Sentuhan manusia tidak akan menandingi sentuhan Nya mencipta sesempurnanya. Hanya sanya bagaimana manusia mengambil ibrah dari penciptaanNya untuk mendekatkan lagi diri denganNya.

2 comments:

ruby said...

bila tgk setiap gmbr, terasa mcm mak ude ikut sama ke al-khobar.. rasa mcm dapat pengalamn kembara ke sana pulak..hmm..semua tu pengalaman paling brhrga buat kalian kat sana yg x dpt dilalui oleh rmi insan lain.

ruby said...

rambut hana tu rase kene gunting lagi balik mlysia thn ni. ummi dia kene pastikan hana always ikat rmbut,nanti wan dia suh gunting ;-)