Pages

February 28, 2009

Home Sweet Home

Sampai di Abha pukul 8 pagi. Sesi persekolahan untuk second term sepatutnya bermula hari ini, cuti lagi satu hari, esok anak2 baru mula ke sekolah. Alhamdulillah…lega boleh tarik nafas panjang. Cuti sekolah selama dua minggu ni rasanya macam2 yang berlaku, bermula dengan Nabil kena chickenpox, seminggu kami di Riyadh, sekembali dari Riyadh, Nabihah dan Raihanah pula dapat chickenpox, berulangalik dari rumah ke hospital yang asalnya nak ambil vaksin untuk Raihanah bulan ke empat tapi bertukar ambil ubat untuk campak. Kemudian kami ke Makkah, alhamdulillah dapat kerjakan umrah. Seterusnya ke Jeddah untuk perlawanan takraw piala Tabung Haji dan hari ini sekarang ini dirumah, back to normal…pelbagai peristiwa berlaku, kita plan sebegini tapi Allah plan sebegitu, manusia hanya merancang. Tidak dapat dijangkau oleh akal manusia apa yang akan berlaku seterusnya. Tunduk sujud di Hijr Ismail terasa begitu sayu, hanya Allah tempat mengadu, Alhamdulillah masih diberi kesempatan dan waktu mengunjungi baitullah.

February 27, 2009

Makkatul Mukarramah

25 February 2009, kami memulakan perjalanan ke Jeddah/Makkah.
Alhamdulillah dapat juga melaksanakan ibadah umrah. Mengelilingi baitullah yang membawa rasa rindu yang tinggi pada rumah Allah. Menyisip rasa insaf betapa kerdilnya insan, tiada daya dan upaya melainkan segalannya hanya dengan keizinanNya.

"Sesungguhnya rumah yang mula mula dibangun untuk (tempat beribadah) manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah (Makkah) yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi semua manusia." (surah A-li Imran ayat 96).




Mengimbas setiap jam, minit dan saat yang berlalu yang akan dipertangungjawabkan. Masa yang tidak akan undur walau sesaat, berlangsung dengan meningkatnya usia. Zaman berubah, manusia silih berganti, datang dan pergi mengunjungi baitullah, penuh harap, terlalu berhajat kepada Allah SWT yang serba cukup, Maha Berkuasa dan Maha Kaya, agar segala kekurangan sama ada dari segi iman, ilmu serta amal soleh dapat dipenuhi dengan kurnia-Nya. Tiada ertinya jika hidup jauh dari rahmatNya, tiadalah ketenangan jika tiada rasa manisnya iman, hilanglah arah jika hidup tiada pedoman, semoga sentiasa berada di bawah lembayung rahmat Nya, memperoleh keampunan Nya agar hidup lebih terarah dan terencana.

Sering diingatkan akan lima perkara sebelum datang lima perkara; masa hidup sebelum mati, masa muda sebelum tua, masa kaya sebelum miskin, masa sihat sebelum sakit dan masa senang sebelum sukar.

Semoga kesyukuran sentiasa menjadi peneman sepanjang jalan.

February 21, 2009

Riyadh dalam kenangan..

Alhamdulillah, kami sampai di Abha kira2 pukul 5 pagi setelah penerbangan delay selama 2 jam setengah di Riyadh. Penerbangan asal sepatutnya pada pukul 1.15 pagi, ditunda ke 2.40 pagi dan kemudian 3.45 pagi, waduh! rasanya ini pengalaman kali kedua flight delay ke Abha dari Riyadh. Mujur juga keadaan airport yang selesa dan banyak tempat duduk kosong mengurangkan sedikit tekanan, risau juga kalau anak2 buat hal, maklumlah dalam keadaan keletihan, mengantuk dan kesejukan. Namun, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, Raihanah tidur sepanjang perjalanan, risau juga sebab tak menduga flight delay maka kami masukkan termos dan susu ke dalam beg bagasi, cuma ada sebotol susu saja yang biasanya boleh bertahan selama 3 jam. Hmm..dah lama travel tak ada bayi, dalam membuat persediaan secukupnya ada juga yang tertinggal.


Raihanah, nyenyak tidur dalam kesejukan

Sabar menunggu..

Sesampai di Abha, suhu sekitar 12 darjah celcius, sejuk.. dan berkumandangnya azan Subuh ketika kami berada dalam kawasan ketibaan.

Aktiviti di Riyadh


Bacalah adikku..

Sambil menyelam sambil minum air, sambil pergi kursus sambil makan angin bertemu rakan taulan, memaut ukhuwah menjalin persahabatan. Seminggu di bandaraya Riyadh, menyajikan pelbagai pengalaman menarik yang tak mungkin dapat dilupakan. Walaupun ada ketikanya keadaan cuaca kurang memberangsangkan serta keadaan anak2 dan suami yang selsema serta batuk2, namun ia tidak menghalang aktiviti2 kami selepas waktu kerja dan di hujung minggu. Kaum bapa sempat juga bermain futsal dihujung minggu.


Bersantai di Nokia compound

Kaum bapa bersama anak2 selepas bermain futsal

Hana & Muhammad

Paling menarik ialah kami dapat melihat hampir keseluruhan bandaraya Riyadh ini di puncak Kingdom Tower. Sekali masuk untuk kami sekeluarga cuma sr60. Walaupun kamera tidak dibenarkan masuk, namun sudah memadai dengan gambar yang diambil dari kamera telefon bimbit. Melihat keindahan kota Riyadh dari puncak Kingdom Tower yang menjadi kebanggaan rakyat Arab Saudi. Begitu juga dengan anak2 yang sangat gembira dapat bermain sesama mereka apabila bertemu, memang meriah dan riuh rendah.




Sky Bridge di tingkat 55 Kingdom Tower

Selain itu, terdapat juga banyak restoran ala Thai/Filipino yang menghidangkan juadah yang enak. Sebelum ini kami pernah ke restoran Malaysia disini yang juga menyediakan masakan ala Thai/Filipino.


Seronoknya kaum ibu dapat berjumpa

Riyadh adalah salah satu destinasi membeli belah barangan berjenama di sini. Puluhan gedung membeli belah yang besar dapat dilihat. Pada masa ini banyak kedai2 yang memberi potongan harga istimewa terutama bagi kedai2 pakaian untuk menghabiskan stok musim sejuk. Kalau tak beli window shopping pun jadilah, sempat juga berjalan-jalan di Hayat Mall dan Kingdom Tower. Kalau ikutkan banyak lagi perancangan tapi memandangkan masa yang suntuk dan anak2 yang kepenatan jadi memadailah seadanya.

Hayat Mall


Intai kami antara nampak..

Intai kami antara nampak…begitu adat kehidupan, bertemu berpisah lumrahnya alam. Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri, negara orang hanya persinggahan sementara.

Syukran jazilan diucapkan kepada Fizah, Ayu & Ina sekeluarga yang meraikan kami. Semoga Allah membalas jasa baik semua dan dimurahkan rezeki. InsyaAllah ada keizinan berjumpa lagi.

February 18, 2009

Oleh Ali Bukhari Amir Mon Feb 09, 09 11:58:44 pm MYT

Perlahan-lahan, Tun Nila Utama masuk mengadap dan bersembah di hadapan Baginda Sultan selesai perguruan ilmu persilatannya. Ketika diajukan pertanyaan sama ada beliau mahu beristeri atau tidak, maka Tun Nila pun berkata,
"Anak kepada sekalian dato' menteri itu bukanlah perempuan, tetapi betina semata-mata.."

"Tun Nila! Apa bezanya antara perempuan dengan betina?" Sultan Alam Syah Bana, Raja bagi kerajaan Pura Cendana mula murka. Seumur hidupnya, barangkali baru kali ini baginda mendengarkan ungkapan biadap sebegitu yang jelas menghina kaum wanita di negerinya.

"Perempuan.. memelihara maruah," kata Tun Nila.
"Tetapi betina.. menjualnya.."
Oleh kerana kejujuran mempertahan pendapatnya itu, beliau dititah keluar negeri untuk akhirnya kembali semula mempersembah seorang wanita bermaruah di hadapan baginda sultan dan pembesar negeri tersebut. Akhir daripada pencarian, Tun Nila memang berjaya membawa pulang seorang perempuan.

Kalau tidak ditafsirkan betul-betul, nanti kaum wanita marah pula. Tentu mereka tertanya-tanya, apakah bezanya antara lelaki dan jantan. Maka jawapannya tetaplah sama, iaitu lelaki memelihara maruah serta jantan itu telah menjualnya.


Jantan dan betina adalah ungkapan yang menggambarkan bahawa manusia itu bukan lagi makhluk bergelar khalifah yang seluruh kehidupannya dibungkus hias dan didandan oleh sifat-sifat kemanusiaan.

Arakian.. rupa-rupanya, sekalian bangsawan dan pembesar di negeri itu ada masalah besar dengan kaum wanita. Menteri Nikah Kahwin pun sanggup menceroboh rumah Puspawangi saat Tun Nila Utama mencari Musang Berjanggut.

"Apa hukumnya, seorang lelaki menceroboh masuk ke rumah wanita ketika ketiadaan suaminya?" tanya Puspawangi kepada Menteri Nikah Kahwin.
"Oh, itu salah besar.."
"Jadi.. kanda pun salah jugalah,"
balas Puspawangi.
"Eh, salah jugalah.. tapi tak apa-apa. Sebabnya, undang-undang dalam negeri ini kanda yang pegang. Itu semua boleh padam.."

Ertinya, kelelakian kaum Adam pun boleh runtuh ke taraf jantan apabila mereka telah menjual maruahnya. Sama sahaja keadaannya. Tanpa maruah, kewanitaan dan kelelakian telah tercabut daripada jiwa mereka.

Cuma.. dalam fahaman Melayu, ungkapan 'anak jantan' itu masih lagi bermaksud mulia kerana diungkap perkataan itu untuk menunjukkan darjah keperwiraan mereka untuk membela hak dan keadilan pusaka, tanahair dan maruah. Maka, dalam konteks penggunaan lafaz ini, 'anak jantan' memang memiliki konotasi yang sangat baik.

Sementara itu, kepenggunaan lafaz 'anak jantan' pada zaman purbakala juga boleh merujuk kepada keadaan tidak bermaruah jikalau 'anak jantan' itu takut merampas dan mengganggu isteri orang, membuat onar serata kampung termasuk mengintai anak dara mandi di tepi sungai. Ini semua gejala-gejala tidak bermaruah, tetapi dianggap tidak jantan jika mereka tak berani melakukannya.

Pada zaman sekarang, seseorang lelaki mungkin dianggap tidak jantan jika tidak pandai merempit, tidak menghisap rokok, berjudi, membuat tatu, memakai anting-anting, menindik hidung dan main perempuan. Walhal, ini semua adalah gejala yang bakal meruntuhkan anak bangsa. Dan, kebanyakan 'anak jantan' yang berani melakukan hal ini secara terbuka adalah anak kepada orang kenamaan, VVIP yang tidak boleh disentuh oleh polis kerana bapa mereka adalah orang terhormat.

Demikianlah.. seorang menteri dianggap tidak bermaruah apabila sanggup menggunakan wangnya untuk membeli kaum wanita, bercakap tidak serupa bikin, tidak jujur dengan undang-undang negara yang digubal melalui lidah, jiwa dan fikirannya. Cakap tidak serupa bikin, memadam kesalahan dengan memperalat perundangan adalah sikap tidak bermaruah menteri.


Makna maruah

Dalam bahasa Arab, mar'atun ertinya perempuan. Daripada segi ini, hubungan kaum perempuan dengan maruah itu jauh lebih akrab berbanding kaum lelaki. Barangkali, kita boleh membuat kesimpulan awal bahawa maruah sesuatu bangsa atau maruah agama itu terletak kepada maruah kaum wanita bagi sesuatu bangsa dan agama itu.

Misalnya, jika wanita Melayu itu rosak, maka rosaklah maruah Melayu. Atau, jika wanita muslimah itu rosak, maka maruah seluruh umat Islam itu pun tercalarlah sudah. Namun, haruslah diingat juga bahawa..jika wanita bagi sesuatu bangsa itu sudah rosak, maka kaum lelaki bagi sesuatu bangsa itu mestilah segera bertanggungjawab dan memainkan peranannya!
Ini kerana.. ada banyak kejadian yang menunjukkan bahawa kaum lelaki itu jugalah yang telah menyebabkan kaum wanitanya telah tergadai maruah. Kalau wanita itu menjadi penari di sebuah kelab, maka pemilik kelab itu kemungkinannya seorang lelaki juga! Mereka inilah yang telah memperalatkan kaum wanita itu tadi dengan segala janji manis.

Maka, apakah usahanya untuk kita kembali menyedarkan umat ini berhubung persoalan maruah?
Tidak dapat tidak.. memang kita perlu berusaha keras mengkaji, menelaah dan jujur bermuhasabah mengenai kelemahan diri lalu berusaha memperbaikinya daripada semasa ke semasa.

Sementara itu, Kamus Dewan menafsirkan maruah sebagai kehormatan (diri), dan harga diri. Dalam pengertian yang kedua, kamus itu juga menunjukkan pertalian hubungan maruah dengan sifat laki-laki, keberanian dan kegagahan.

Kita boleh juga menyatakan bahawa orang yang bermaruah itu adalah mereka yang berani mempertahan pendirian, tak mudah goyah prinsip perjuangan dan tidak boleh dijualbeli pendiriannya melalui tawaran wang, pangkat, kekuasaan dan wanita yang cantik.

Wanita itu bagaikan cermin

Sementara itu, mir'aatun dalam bahasa Arab bermaksud cermin. Jadi, isteri bagaikan cermin di mana gambaran wajah suami terpantul dalam cermin tersebut. Atau, kita boleh juga menyebutkan bahawa kaum wanita itu bagaikan cermin yang akan memantulkan gambaran sebenar kaum lelaki dalam dirinya.

Jika cermin (wanita) itu gelap, berhabuk dan berdebu, maka kaum lelaki itulah yang sepatutnya bertanggungjawab untuk membasuh dan menggilapnya supaya imej gambaran dan bayangan dirinya akan kembali terang dan cerah di dalam cermin itu. Kaum wanita itu cerminan bagi diri kaum lelaki.

Kalau cermin itu retak dan pecah, maka gambaran lelaki itu sendiri akan turut menjadi cacat. Cermin yang akan cacat dan telah dirosakkan inilah yang akan menebarkan segala benih sengketa di dunia akibat kaum lelaki sudah tidak lagi ambil kisah, tidak peduli dan bersikap tidak bertanggungjawab memelihara, memuliharanya daripada semasa ke semasa.

Sultan Alam Syah Bana akhirnya turut berasa malu berikutan kejadian dirinya tertangkap sebagai penceroboh dalam rumah anaknya sendiri tatkala cuba berbuat serong terhadap menantu perempuannya.

Pemerintahan yang bermaruah

"Yang sebenarnya, ayahanda ingin mengetahui apa perbezaan antara perempuan dengan betina. Sekarang barulah ayahanda tahu," kata baginda ketika mula menginsafi kesilapannya. Di sini dapat dilihat betapa sulitnya untuk kita berusaha memulihkan sebuah pemerintahan yang bermaruah.

Kita mungkin boleh memimpin rakyat bawahan dengan mengendong seribu satu macam inti pengajaran guna mengasuh pemikiran darihal pengertian maruah. Tapi, bagaimana cara mengasuh penguasa agar mereka dapat mengusung pemerintahan bermaruah? Hal ini memerlukan kesungguhan yang mendalam, keberanian, kejujuran bertindak dan keikhlasan mempertahan pendirian.

Syahadan wal arakian..

Jalan-jalan di Riyadh

Jalan2 di Riyadh..menyertai kesibukan bandar kosmopolitan, Riyadh. Pemandangan kiri dan kanan jalan disajikan dengan kedai2, gedung membeli belah yang membayangkan citarasa tinggi, bergaya dan mampu milik masyarakat arab di sini. Rasanya jika tujuan melancong ke Malaysia untuk membeli belah kurang tepat, kerana di Riyadh tersedia segalanya; cuma sediakan $$$ saja. Namun begitu, disebalik kemeriahan dan kesibukan kota Riyadh yang semakin moden, terdapat juga sebuah restoran Malaysia ala Thai yang terletak di Dhabbab Street.

Kingdom Tower

Nabihah,Munzir,Aiman,Nabil,Ashraf dan Hafizuddin

Family section

Kolam renang pun ada

Perkenalan bermula di Makkah 4 tahun lepas

Muhammad, masyaAllah..

Muhammad dengan siapa tu..

February 16, 2009

Antara yang tersurat dan tersirat

Banyak perkara yang kadang kala tidak boleh ditafsirkan atau diterjemahkan dalam kehidupan. Kebiasaannya mudah untuk menyampaikan maksud yang tersurat tapi sukar bagi yang tersirat. Sungguh begitu fitrah kejadian manusia sebagai makhluk yang paling istimewa jika dibandingkan dengan kejadian makhluk2 Allah yang lain. Istimewa kerana manusia dikurniakan akal untuk berfikir mana baik buruk dan diberi pilihan untuk membuat keputusan. Walau apapun samada sesuatu tindakan atau keputusan itu baik atau sebaliknya tetap akan dibalas walau cuma sebesar hama. Banyak peristiwa yang boleh dijadikan sandaran untuk menterjemahkan apa yang tersirat dan tersurat. Contohnya semasa peristiwa israk dan mikraj ketika Rasulullah diangkat naik ke langit, banyak gambaran-gambaran yang menerangkan pembalasan pada perkara-perkara yang tersirat.

Begitu juga dalam kehidupan seharian, ada kalanya akal melewati batas nafsu, dan ada kala sebaliknya. Maka dengannya manusia diingatkan agar sentiasa berwaspada dengan bisikan-bisikan yang mengarah kepada penguasaan yang membawa kepada kelalaian, kemusnahan dan kehancuran. Walau manusia diciptakan sedemikian istimewanya namun kealpaan akan mudah menghapuskan status keistimewaan tersebut. Itulah sumpah iblis dihadapan Allah sebelum dicampakkan ke bumi kerana enggan menghormati makhluk dicipta dari tanah bernama manusia. Kerana egonya maka iblis sanggup menerima hukuman seberat itu semata-mata enggan tunduk patuh perintah Allah. Nauzubillah, mudah-mudahan Allah memelihara, merahmati dan menjauhkan dari ketandusan hati, ketumpulan fikiran, kesesatan nafsu dan kontangnya iman. Ke manalah nak dituju jika hidup tiada panduan, apalah yang akan dibawa andai hidup tiada bekalan, dunia bersifat sementara tiada yang kekal abadi. Semoga kerugian tidak dimiliki tetapi keuntungan pahala dinikmati.

February 14, 2009

Riyadh


The name Riyadh is derived from the plural of the Arabic word rawdha, which means "garden," particularly those formed in the desert after the spring rains. Riyadh has for more than 1500 years been a fertile area set in the heartland of the Arabian Peninsula.The settlement was historically famous for its Palm Trees and Dates and Orchards. The modern name was first applied to only certain parts of the settlement where orchards predominated. Gradually the name was used for the entire settlement.



Burj Al Mamlakah
Main article: Kingdom Centre
The 302 m (992 ft) high Kingdom Tower (Arabic: برج المملكة‎) is the tallest skyscraper in Saudi Arabia and the 37th tallest building in the world. The tower is built on 94,230 square meters of land, while the associated centre occupies 30ha. The tower is home to the highest mosque in the world.



Burj Al Faisaliyah
Main article: Al Faisaliyah Center
Al Faisaliyah Center (Arabic: برج الفيصلية‎) was the first skyscraper constructed in Saudi Arabia, and is the second tallest building in the country after the Kingdom Center. The golden ball that lies atop the tower is said to be inspired by a ballpoint pen, and contains a restaurant; immediately below this is an outside viewing deck. There is a shopping center with major world brands at ground level.

King Fahd Road
King Fahd road is the wealthiest business place in Riyadh, Headquarters of major companies and organizations are located on the road's both sides. Huge malls, business towers and skyscrapers are widely distributed on this road.
The northern end reaches the Airport over another highway. According to many opinions, King Fahd Road is the most beautiful street in Saudi Arabia, making the road a popular tourist attraction.
Famous landmarks such as Kingdom Centre, Al Faisaliyah Center, Al Anoud Tower and the Ministry of Interior building are also located in King Fahd Road. However it is fast becoming second to King Abdullah Street which has seen major building projects and is currently under construction for a train track and tunnel system.


Dari Abha ke Riyadh..

Hari ini (13 Feb) kami mula travel ke Riyadh. Penerbangan dari Abha pukul 9.10 pagi. Perancangan yang hampir dibatalkan kerana Nabil baru saja dikesan mendapat chickenpox sehari sebelum bertolak. Pagi Khamis (12 Feb) bawa Nabil ke SGH (Saudi German Hospital) dan doktor sahkan bintik2 merah itu ialah chickenpox ataupun campak. Wajahnya nampak pucat sebab dah dua hari demam dan gelisah kerana antara perkara yang tidak digemarinya ialah jumpa doktor. Kakak gembira ria sambil berbual dengan doktor. Saya dapat rasakan kenapa Nabil nampak gelisah, mungkin dia akan dapat satu suntikan. Disebabkan Raihanah pun mencecah 4 bulan, jadi sekali buat chek up dan plan ambil vaksin untuk bulan ke empat. Beratnya sekarang 5.8 kg. Alhamdulillah semua ok tapi tak boleh cucuk lagi sebab ada batuk sikit, so doktor sarankan treatment dulu, ambil antibiotik dan ubat batuk, lepas seminggu tengok progress baru cucuk. Then gilirin abang, seperti yang dijangka memang susah nak bagi kerjasama dengan doktor. Habis je doktor tulis ubat yang perlu, dan keputusannya lepas berbincang, abang tak perlu cucuk tapi kakak yang kena. He he….senyuman terpancar dari wajah abang. Kakak kena cucuk sebab nak prevent dari kena jangkitan. I’m not scary , just a little ouch kata kakak, yes, I know you are brave, good girl kata doktor. Saya memang tahu respon kakak, tak susah nak dapatkan kerjasama bila bab jumpa doktor sejak dari bayi lagi. Selesai ambil ubat di farmasi, it’s time for kakak, cool and steady jer kena cucuk, masyaAllah, mudah2an dah besar nanti jadi doktor ye, tambah doktor perempuan esp OBG. Teringat saya pesan sorang ustaz. Kalau ada anak perempuan didiklah kalau boleh biarlah tambah bilangan doktor sakit puan yang terdiri dari kaum perempuan jugak. InsyaAllah, rasanya kalau boleh memang ramai ibu yang inginkan seperti itu.

Bintik2 merah terus tumbuh di muka, badan, belakang, lidah dan mungkin mata. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, kesian sungguh rasa tak sampai hati melihat dia menanggung kesakitan. Sebab Allah sayang abin ke ummi, ye sebab Allah sayang abin..kata saya memujuk. Sebab abin nak besar, semua orang pun kena, tak lama lagi baiklah..tambah saya. Sebenarnya kami dah ambilkan suntikan vaksin untuk prevent campak 2 tahun lepas di Malayisa, tapi kena juga, dah begitu takdirnya. Doktor bagi ubat makan Zovirax suspension, ubat demam dan losyen calamyl untuk sapu. Cuma satu lagi kebimbangan kami sekarang ni ialah Raihanah. Separate them as you can, don’t let he touch and kiss his sister, it can get through saliva and touching. Sebab tak ada vaksin pencegahan bagi bayi umur bawah satu tahun. Tugasan yang bukan mudah nak memisahkan mereka. Bukan sahaja dari segi fizikal tapi psikologi juga, ialah bila nak dekat dengan adik tak boleh. Diperingkat umur yang mula memahami dan perasaan orang yang sakit selalunya sensitif, mudah tersinggung.

Sehinggalah kami membuat keputusan untuk teruskan saja perancangan awal memandangkan tiket pun dah dibeli dan memikirkan jika berlaku sebarang kecemasan sebelah malam. Perjalanan selama 1 jam 15 minit. Dihidangkan dengan sarapan pilihan omlet dan roti. Sepanjang perjalanan Nabil cuma diam, tak seperti selalu, excited esp bila dapat duduk tepi tingkap. Sampai di Riyadh Airport melihat landskap air pancut yang cantik, barulah nampak mukanya tersenyum dan sempat bergambar sebelum ambil bagasi. Cuma dia tak sabar nak jumpa kawan2. Disebabkan Nabil belum sihat lagi kenalah kuarantin buat sementara. Namun, berbanyak terima kasih kepada Fizah dan keluarga, walaupun belum bersua muka dapat juga kami menikmati makanan tengahari nasi lemak dan mee hailam yang enak. Nabil pun dah mula tanya bila nak jumpa Aiman, anak uncle Bahtiar. InsyaAllah..makan ubat lekas sembuh boleh jumpa kawan2.

Tengok kaki skit..eh! kecil lagi, jalan baik2 ye

Hana, 4 bulan dah..

termenung panjang...fikir apa tu


khusyuk nampaknya...faham ke


senyum skit...


Sedikit info mengenai chickenpox.

What is chickenpox?
Chickenpox is a common illness that causes an itchy rash and red spots or blisters (pox) all over the body. It is most common in children, but most people will get chickenpox at some point in their lives if they have not had the chickenpox vaccine.
Chickenpox usually isn't serious in healthy children. But it can cause problems for pregnant women, newborns, teens and adults, and people who have immune system problems that make it hard for the body to fight infection.
After you have had chickenpox, you are not likely to get it again. But the virus stays in your body long after you get over the illness. If the virus becomes active again, it can cause a painful viral infection called shingles.
What causes chickenpox, and how is it spread?

Chickenpox is caused by the varicella-zoster virus. It can spread easily. You can get it from an infected person who sneezes, coughs, or shares food or drinks. You can also get it if you touch the fluid from a chickenpox blister.
A person who has chickenpox can spread the virus even before he or she has any symptoms. Chickenpox is most easily spread from 2 to 3 days before the rash appears until all the blisters have crusted over.
You are at risk for chickenpox if you have never had the illness and have not had the chickenpox vaccine. If someone you live with gets chickenpox, your risk is even higher because of the close contact.
What are the symptoms?
The first symptoms of chickenpox often are a fever, a headache, and a sore throat. You or your child may feel sick, tired, and not very hungry. The chickenpox rash usually appears about 1 or 2 days after the first symptoms start. Some children get the chickenpox rash without having a fever or other early symptoms.
It usually takes 14 to 16 days to get the symptoms of chickenpox after you have been around someone with the virus. This is called the incubation period.
After a chickenpox red spot appears, it usually takes about 1 or 2 days for the spot to go through all its stages. This includes blistering, bursting, drying, and crusting over. New red spots will appear every day for up to 5 to 7 days.
You or your child can go back to work, school, or day care when all blisters have crusted over. This is usually about 10 days after the first symptoms start.
Other illnesses can have symptoms like those of chickenpox. For this reason, you may think you have had chickenpox twice when instead you have had two different infections.
How is chickenpox diagnosed?
Your doctor will ask you about your symptoms and will examine you. This usually gives your doctor enough information to find out if you have chickenpox.
Healthy children with chickenpox symptoms may not need to visit a doctor. You may be able to describe your child’s symptoms to the doctor over the phone. Then your child won't have to leave the house and risk spreading the virus to others. But it is important to check with your doctor to find out if he or she wants to see your child.
Teenagers, adults, pregnant women, and people with health problems need to see a doctor for chickenpox. This is especially important for pregnant women, since chickenpox during early pregnancy can cause birth defects. Call first to make an appointment and to discuss whether you need to take any steps to avoid spreading the virus when you arrive. For example, office staff may take you straight to an exam room, rather than have you wait in the lobby.
How is it treated?
Most healthy children and adults need only home treatment for chickenpox. Home treatment includes resting and taking medicines to reduce fever and itching. You also can soak in oatmeal baths to help with itching.
People with long-term diseases or other health problems may need more treatment for chickenpox. They may need immunoglobulin treatment (IG) or antiviral medicine. Your doctor can give you these soon after you are exposed to the virus to help you feel better sooner.
How can you prevent chickenpox?
You can prevent chickenpox by getting the chickenpox (varicella) vaccine. Doctors recommend two doses of this shot for most children 12 months of age and older who have not had chickenpox. Older children and adults who have not had chickenpox and have not yet had the vaccine can also get the shot.
Most children do not have a reaction from the vaccine. But if your child has a serious or long-term illness, talk to your doctor about whether your child should have the vaccine. These children may have a bad reaction from the vaccine.
If you have been around a person who has the virus and you have not had chickenpox or the vaccine, you still may be able to prevent the illness. Get a shot of chickenpox antibodies or the vaccine right away.
Rarely, people who have had the vaccine still get chickenpox. This is called a breakthrough infection. If this happens, you will probably get a milder form of the virus, with fewer blisters and symptoms.
Do not expose your child to chickenpox on purpose. Some parents expose their children to chickenpox because they think it is safer for children to have the illness when they are young. But this isn't a good idea, because even young children can have serious problems from chickenpox.

February 09, 2009

Abha dan Pelancongan

Hari ini mencari-cari ruang dan peluang nak duduk depan laptop untuk update blog ni, baru je nak tekan kekunci ni kakak dah panggil nak itu dan ini, pastu adiknya pula menangis nak susu, maka terpaksalah ditangguhkan sementara niat tu. Suami balik lewat ada pertemuan dengan Tuan Hj Ahmad dari agen pelancongan Bahrul Mazi yang membawa seramai 16 orang jemaah Malaysia datang melawat Abha. Mereka yang datang melalui pakej ziarah menggunakan visa ziarah. Penerbangan dari Jeddah terus ke Abha selepas menziarahi Madinah dan mengerjakan umrah di Makkah. Berada selama 3 hari di Abha dan akan ke Najran selama 2 hari. Antara yang tempat yang dilawati sekitar Abha termasuk al Saudah, al Habalah dan muzium Abha (kami pun tak pernah sampai) serta Green Hill. Tapi suami tak sempat nak ambil gambar untuk muatkan dalam blog.

Sebahagian pemandangan Abha

Kereta kabel di Al Habalah

Seingat saya, inilah julung-julung kalinya jemaah umrah Malaysia datang melawat Abha dan Najran. Jika selama ini hanya segelintir orang Malaysia yang pernah sampai ke sini bertujuan untuk bekerja dan pelajar2 Universiti Umm Al Qura dan Universiti Madinah. Pernah sekali pada tahun 2006 krew TV3 Jejak Rasul sampai ke Abha sebelum ke Najran untuk pengambaran di Okhdood.

Krew Jejak Rasul TV3 di Abha tahun 2006

Perjalanan dari Abha ke Najran cuma mengambil masa lebih kurang empat jam menaiki kereta. Okhdood adalah satu tempat sejarah Islam yang mana kisahnya terdapat dalam Al Quran beribu2 tahun dahulu. Kami sekeluarga pernah ke sana dan sememangnya tempat itu patut dilawati bukan hanya kerana peristiwa Okhdood, tetapi kawasan sekitarnya yang memiliki nilai2 sejarah.

Muzium Najran

Kawasan bersejarah Okhdood

InsyaAllah saya akan cuba dapatkan gambaran yang lebih terperinci mengenainya dilain kelapangan. Berbalik kepada bandar Abha, mungkin kini boleh menjadi salah satu destinasi alternatif untuk dilawati. Tarikan utama di sini kerana keadaan kawasan tanah tinggi yang mempunyai suhu yang rendah sepanjang tahun walaupun pada musim panas. Bermulanya musim panas sekitar bulan Jun dan Julai, maka ramailah rakyat Saudi yang datang ke Abha untuk menikmati cuacanya yang nyaman. Jangan terkejut jika pada waktu itu tiket kapal terbang, hotel2 dan furnish apartment habis ditempah serta harganya melambung tinggi berganda-ganda...Eh, ni macam nak promosi Abha nampak gayanya. Yea kepada sesiapa yang berhajat untuk ke Abha ahlan wal sahlan diucapkan.

February 07, 2009

Sepagi di Abha...

Tunggu bas depan rumah

Hari ni mula first term exam

Bas dah sampai..

Perjalanan bermula..

My little corner..

My favourite plant

Semalam...6 February 2009

Hari ini cuaca di luar tidak begitu baik, angin bertiup agak kencang menerbangkan partikel2 halus, debu dan lainnya. Rancangan asalnya nak keluar membeli barangan keperluan rumah terpaksa dibatalkan. Cuma Nabil dan abahnya keluar tunaikan solat Jumaat di sebuah masjid yang khutbahnya disampaikan dalam Bahasa Inggeris.

Isu semasa yang masih hangat isu di Palestine yang masih belum selesai dan isu di Malaysia, kemelut politik yang melanda Perak. Sungguh manusia hanya merancang namun ketentuannya pada Pencipta. Hanya Dia yang tahu. Musibah yang menimpa adakalanya sebagai ujian tanda kasih Pencipta pada hambaNya. Dan kerana itulah manusia diciptakan, sebagai hamba dan khalifah di muka bumi. Sebagai hamba yang tunduk dan patuh hanya padaNya dan sebagai khalifah yang memakmurkan muka bumi. Mencari-cari justifikasi memujuk hati yang adakalanya hampa dan kecewa melihat kehancuran dan penindasan yang berlaku terutamanya kepada umat islam dan mereka yang inginkan kebenaran, menegakkan keadilan.

Melayari blog rakan yang sekarang sedang melanjutkan pelajaran di Sheffield, UK. Bumi yang kini diselubungi salji yang lebat. Terpaku sejenak melihat snowman yang dibina. Anak2 pun teruja, nak buat snowman! Hmm…nak buat snowman kenalah tunggu Abha ni ada salji, kata abahnya. Kami ketawa ….bilalah agaknya Abha nak ada salji, hujan ais adalah… kebesaran Illahi, pertukaran cuaca dan musim.

Hujan Ais di Abha beberapa tahun lepas

Seronoknya dapat buat sendiri snowman…

Salji setebal 10 inci, paling lebat dalam masa 4 tahun


Kesejukan di Abha semakin berkurangan sekarang ni, suhu sekitar 16 darjah Celcius, matahari mula terasa bahangnya sebelah pagi namun sebelah petang angin bertiup masih terasa sejuk dan pada sebelah malam heater masih diperlukan. Ketika inilah masa sesuai untuk memulakan kerja-kerja menanam pokok bunga. sebelum menjelang musim panas bunga-bunga akan mekar cantik. Aktiviti tambahan untuk suri rumah seperti saya, tahun ni bunga yang ada cuma dibela, cantas mana yang patut, rasanya tak tambah pokok yang baru sebab dah ada aktiviti tambahan lain; berblog.

February 06, 2009

6 Febuary 2009..

Isu yang sedang hangat diperkatakan...kemelut politik di Perak. Semoga Allah membantu mereka yang berada di pihak yang benar. Kembalikan hak kepada yang berhak.

“Maka bersabarlah ( wahai Muhammad ). Sesungguhnya janji Allah adalah benar. Dan janganlah orang - orang yang tidak yakin ( dengan janji tuhan itu ) meremehkanmu ( dan mendorongmu untuk tidak tetap dan thabat di atas suruhan dan laranganNya. )” - Akhir al Rum.


February 03, 2009

Air Tangan Ibu...

Anak-anak dah ke sekolah, abah mereka pun dah pergi kerja, ye ye masa untuk ummi duk depan laptop, sebelum Raihanah bangun, masa untuk ummi. Esok cuti, makna hari yang sibuk, minggu depan dah mula first term exam, bila anak nak exam, biasanya maklah yang terlebih risau. Macam mak pula nak exam...kalau dulu walaupun seorang ibu tu tak boleh nak ajar anak namun tetap bagi perangsang bila anak nak exam. Cuma mungkin bezanya dulu seorang ibu tak pandai nak serlahkan perasaannya, kebimbangannya cuma jauh disudut hati pasti mahukan anak berjaya. Perasaan yang sama saya rasakan sekarang. Dunia dan zaman berubah tapi peranan ibu tetap sama, sanggup berkorban apa sahaja untuk anak. Kalau anak sakit, ibulah yang berjaga malam, makan anak ibulah yang fikir apa yang anak suka untuk dimasak, pakaian anak ibu jugalah tahu apa yang kurang dan patut di beli (tambahan banyak sale pula sekarang ni..), anak pun kalau nak bercerita dengan ibu, walau pun bekerja atau suri rumah ibu tetap jadi rujukan. Segala galanya ibu, sampai ibu pun kadang kala terpaksa letak tepi keperluannya, kemahuannya. Walaupun rasanya masih banyak yang perlu diperbaiki, namun di mata anak2 ibulah segalanya. Tiada cacat dan celanya walaupun adakalanya dimarahi ibu kerana nakal, namun itu tanda kasih ibu, kasihnya ibu yang membawa ke syurga, kasih ayah berkorban nyawa...teringat lirik lagu yang menyentuh hati. Di sini saya attachkan artikel yang menarik untuk dikongsi, artikel ni saya simpan dah lama, sebab bila membacanya rasa meningkat sikit graf motivasi..

Sentuhan Peribadi Rumah Tangga Moden

Selalu kita dengar orang menyebut-nyebut tentang ‘air tangan’ ibu. Masakan hasil sentuhan tangan ibu lebih sedap dan berkat.
Walaupun ibu masak gitu-gitu saja, letak bahan ala kadar, tapi anak-anak dan suami makan berselera. Sedap macam mana pun makanan di luar, sedap lagi masakan ibu di rumah.
Sebab apa? Sebab ibu masak dengan hati dan perasaan. Ibu niatkan di hati untuk sediakan hidangan yang terbaik dari sentuhan tangannya sendiri buat anak-anak dan suami. Perasaan kasih dan sayangnya tertumpah di situ – sambil dia memotong sayur, menyiang ikan, menggoreng, menumis dan sebagainya.
Ini menunjukkan kerja-kerja mengurus rumah tangga melibatkan jalinan emosi dan tautan hati. Ia bukan sekadar kerja fizikal. Oleh itu, baik sebuah keluarga itu ada pembantu rumah atau tanpa pembantu, sentuhan peribadi seorang isteri atau ibu sangat diperlukan. Kalau pun ada pembantu, ada kerja-kerja tertentu yang lebih sesuai isteri sendiri buat.

Bagi seorang wanita yang sudah berkeluarga, sememangnya dia berkewajipan menyibukkan diri mengurus rumah tangga dan anak-anaknya dengan tangannya sendiri. Sabda Rasulullah s.a.w.: "… dan seorang isteri adalah pemimpin bagi rumah suami dan anak-anaknya, dan dia akan diminta pertanggungjawaban tentang mereka…"
(Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Umar r.a.)


Dalam suasana ramai wanita keluar bekerja pada hari ini, trend menghantar anak-anak ke nurseri atau mengambil pembantu rumah sudah jadi lumrah. Namun begitu, kemudahan nurseri atau khidmat pembantu rumah tidak seharusnya menyebabkan hilangnya sentuhan peribadi seorang isteri atau ibu di rumah.
Walau sibuk membantu suami mencari nafkah keluarga atau memberi sumbangan fardu kifayah kepada masyarakat, sentuhan tangan isteri tetap perlu dalam kerja-kerja di rumah. Ini terutamanya dalam kerja memasak, menghidang makanan, melayan suami, mengurus anak-anak dan sebagainya iaitu kerja-kerja yang melibatkan emosi. Di situ saluran bagi isteri atau ibu menumpahkan perasaan keibuan atau kewanitaannya.

Banyak kerja pengurusan rumah tangga sebenarnya menjadi saluran menjalin hubungan emosi dan tautan hati dengan suami dan anak-anak. Ia bukan sekadar saluran khidmat isteri kepada suami. Ini bermakna ada kerja yang boleh diserah kepada pembantu rumah atau pengasuh anak-anak tetapi ada yang tidak.

Katalah seorang wanita itu terlalu sibuk untuk memasak sendiri. Ada pembantu boleh tolong masakkan. Tetapi paling kurang, waktu menghidang dan mencedok makanan ke pinggan suami, isteri sendiri turun tangan. Begitu juga dalam menghidang minuman untuk suami. Kerja-kerja mudah dan layanan kepada suami yang mungkin dipandang remeh ini sebenarnya menyumbang kepada suasana kasih sayang dan membuatkan suami rasa tenteram di rumah.

Firman Allah:
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya, dan dijadikan di antaramu rasa kasih dan sayang…" (Ar-Rum: 21)


Kesan sentuhan tangan isteri dan ibu ini dapat dilihat pada perkara-perkara berikut:

1. Penyediaan makan minum sekeluarga
Oleh kerana isteri dan ibu tadi memasak "dengan hati dan perasaan", suami dan anak-anak dapat mencicip rasa kasih sayang yang ditumpahkan itu melalui hidangan yang dimakan. Di samping ada keberkatan pada makanan itu, ada kesan psikologi di sebaliknya. Ia membuatkan suami dan anak-anak semakin jatuh kasih pada isteri dan ibu mereka.
Lebih-lebih lagi jika sewaktu menyediakan makanan, sambil basuh beras atau menanak nasi, lidah isteri sentiasa basah dengan zikir dan selawat. Disertakan pula dengan niat untuk dapatkan keredhaan Allah, hidang makanan yang halal untuk keluarga, membahagiakan keluarga atau lain-lain niat yang murni. Pastilah bertambah keberkatannya.

Kesan ‘air tangan’ ibu akan lebih terasa bagi anak kecil yang disuapkan makanannya oleh ibu. Sesetengah ibu mengunyahkan makanan sebelum disuapkan ke mulut anak agar kasih sayangnya dapat berbaur sekali dengan air liurnya untuk dicicip oleh anak. Saya tidak pasti apakah ada bukti saintifik mengenai hubungkait air liur dengan jalinan kasih sayang ini tapi bukti pengalaman memang ada. Haiwan pun, misalnya kucing, jika diberi makan bekas kunyahan seseorang ia akan jatuh kasih pada orang itu.

2. Hidang minuman untuk suami
Waktu suami balik kerja, sedang duduk membaca di rumah atau baru selesai membersihkan halaman, siapa yang selalunya hidangkan air untuk suami? Perkara ini mungkin kecil tapi memberi kesan yang besar pada hubungan suami isteri. Tangan yang sering membawa hidangan minuman itu sebenarnya tempat tumpahnya kasih sayang suami. Jadi biarlah tangan itu milik isteri, bukan milik pembantu rumah.

3. Raikan suami dan anak-anak di muka pintu
Jika ini dilakukan, tidak timbul soal mengharapkan pembantu rumah untuk menutup pintu rumah atau pintu pagar selepas suami keluar bekerja atau anak-anak keluar ke sekolah. Isteri sendiri patut meraikan suami yang hendak keluar bekerja (jika isteri tidak bekerja). Anak-anak yang hendak melangkah keluar ke sekolah juga perlu diraikan di muka pintu oleh ibu mereka. Begitu juga sewaktu suami dan anak-anak balik. Cara ini akan memberi kesan psikologi yang amat mendalam di hati suami dan anak-anak.
Waktu Rasulullah s.a.w. balik dari Gua Hira’selepas menerima wahyu pertama, Sayidatina Khadijah r.ha menyambutnya di muka pintu. Dengan tangannya sendiri beliau menyelimutkan tubuh baginda dan menenangkan baginda. Dan pada paginya beliau keluar menemui sepupunya Warakah bin Naufal untuk menceritakan keadaan Rasulullah. Beliau tidak menghantar ‘posmen’ untuk menjemput Warakah datang walaupun beliau ada pembantu yang boleh disuruh untuk berbuat demikian. Sentuhan peribadi Khadijah ini sering mengusik kenangan Nabi s.a.w. lama selepas ketiadaannya.

4. Mandikan anak
Sentuhan lembut tangan ibu pada tubuh anak waktu dimandikan juga dapat mentautkan emosi ibu dan anak. Ada petua orang tua-tua yang menggalakkan ibu atau bapa membiarkan air mandiannya jatuh ke tubuh anak ketika mereka sama-sama mandi. Supaya anak jadi rapat dan mudah dengar kata.

5. Kejut anak bangun tidur
Mengejutkan anak untuk bangun Subuh adalah sebahagian dari agenda dalam pengurusan rumah tangga terutama bagi ibu bapa yang mempunyai anak di peringkat awal remaja. Waktu itu seorang ibu dapat memindahkan rasa sayangnya pada anak dengan memegang lembut sambil memicit-micit hujung kaki anak waktu mengejutkan mereka. Sentuhan tangan ibu yang dirasai oleh anak di permulaan hari pasti ada keberkatannya dan berbekas di hati anak. Terutama apabila dibisikkan sekali doa, zikir atau selawat di telinganya.

6. Penyediaan tempat tidur
Tempat tidur suami isteri sebaik-baiknya disediakan dan dikemas oleh isteri. Begitu juga tugas-tugas lain di bilik tidur suami isteri. Seboleh mungkin jangan diserahkan kepada pembantu rumah. Ia memerlukan sentuhan peribadi isteri kerana bilik tidur lazimnya menyimpan rahsia suami isteri. Di situ juga seharusnya tempat paling tenang, selesa dan ber‘privacy’ bagi suami isteri di dalam rumah selain dari ruang ibadah.

7. Menyelia kerja anak-anak
Anak-anak perlu dilibatkan dalam kerja pengurusan rumah tangga. Paling tidak kerja yang melibatkan keperluan mereka sendiri dan memenuhi keperluan ibu bapa sebagai khidmat bakti mereka. Ini memerlukan sentuhan peribadi seorang ibu dalam menyelia kerja anak-anak. Kadang-kadang ibu hanya perlu menunjuk ajar dan memantau dari dekat sambil anak-anak buat kerja seperti memasak, mencuci pakaian dan menyapu sampah. Dalam masa menunjuk ajar itu terjalin hubungan intim ibu-anak sambil anak dilatih berdikari dan berbakti. Sabda Nabi s.a.w.: "Semoga Allah memberikan kasih sayang kepada orang tua yang mendidik anaknya untuk berbakti kepada dirinya." (Riwayat Abu Asy-Syeikh)

Sering dikatakan bahawa "Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia" dan "Di sebalik kejayaan seorang lelaki pasti ada wanita di belakangnya". Oleh itu jangan pandang kecil pada seorang suri rumah yang kerjanya setiap hari hanya mengurus rumah tangga.
Namanya mungkin tidak pernah disebut-sebut orang. Tetapi kejayaannya membereskan urusan-urusan rumah tangga melalui sentuhan peribadinya harus diberi penilaian yang tinggi. Kerana bermula dari suasana rumah tangga yang beres itu, dia mampu membentuk jiwa anak-anak yang cemerlang dan menjadi pendorong utama di belakang kejayaan suami di luar rumah.
( Penulis; Zakaria Sungib)

PPSMI...

Apabila terbaca artikel mengenai PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ), teringat perbualan melalui telefon bersama seorang teman yang sama-sama menuntut ketika mengambil KPLI.

Saya : Apa khabar? Macam mana kerja, mengajar subjek apa?

Kawan : Khabar baik…pening-pening…

Saya :
Kenapa?

Kawan : Yelah, cubalah bayangkan sekarang ni kena aku kena mengajar Sains
Tingkatan 5 dalam Bahasa Inggeris pulak tu, last sekali aku belajar Sains masa
Tingkatan 5 dulu tu pun dalam Bahasa Malaysia. Mana tak peningnya…(kawan
saya
ni ambil kursus civil eng. masa degree)

Saya :
Yelah, dah jadi cikgu ni kenalah serba boleh dengan apa-apa subjek pun.

Kawan :
Budak-budak ni bukannya faham sangat walaupun dah mula dari Tingkatan 3 lagi.
Mana nak fikir pasal subjek, nak fikir pasal budak-budak lagi.

Itulah antara dilema guru hari ini. Terutama yang melibatkan mata pelajaran Sains dan Matematik. Sejak dilaksanakan enam tahun lalu iaitu pada tahun 2003, banyak pihak telah menyatakan bantahan termasuk cendiakawan, pencinta bahasa ,NGO dan yang lainnya. Saya pun tak bersetuju dengan perlaksaan PPSMI ni, selain membebankan guru dan murid, ianya juga tidak membudayakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu. Banyak kajian mendapati para saintis terkemuka lahir dari pengajian sains dan matematik dalam bahasa ibunda mereka sendiri seperti di China, Rusia dan Perancis. Perlaksanaan yang seolah-olah melepaskan batuk ditangga, pelajar-pelajar terutamanya dari kawasan pendalaman menjadi mangsa. Mereka mungkin cemerlang bagi subjek Bahasa Inggeris tapi tidak untuk Sains dan Matematik.

Namun rakyat Malaysia yang sememangnya terkenal dengan budi bahasa yang tinggi dan menghormati orang lain, contoh terdekat yang boleh dilihat, bila tiba saja di KLIA, maka kedengaranlah pengumuman dalam pelbagai bahasa bagi kemudahan orang ramai. Kalau dulu cuma Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, tahun lepas sesampai saja di KLIA dah jadi empat bahasa, termasuk Mandarin dan Bahasa Arab. Ni masih di Saudi ke dah sampai Malaysia, mesra pengguna ...jika airport di Saudi tak pernah pula dengar announcement dalam Bahasa Malaysia walaupun saban tahun, bulan dan hari ada sahaja rakyat Malaysia yang menggunakan kemudahan tersebut. Kalau ada pun baru ni saya menziarahi Raudhah di Madinah tertera di papan tanda ejaannya dalam Bahasa Malaysia tapi bila baca bunyinya jadi bahasa Indonesia, takpalahkan asalkan faham dari tak faham langsung. Perasaan yang berbunga-bunga apabila negara lain menggunakan bahasa ibunda kita. Dan kalau ada pun penjual-penjual di kedai-kedai sekitar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, mari! mari! murah! Ye ye siti nurhaliza! Hmm..bagus strategik pemasaran mereka ni. Namun tak terbayang berbunga-bunganya jika di airport Jeddah ada pengumuman dalam Bahasa Malaysia!

Memang ada pro dan kontranya. Jika benar nak menerapkan Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar supaya boleh bersaing diperingkat global, banyak cara boleh dilakukan. Bukanlah maknanya menolak penguasaan Bahasa Inggeris malah di dalam islam sendiri dituntut supaya umatnya menuntut ilmu, termasuklah menguasai pelbagai bahasa supaya mudah melaksanakan tugas penyampaian ilmu dan dakwah.

Itu pendiriannya, walaupun anak saya sekarang ni mengaji Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Di sekolah tiada pilihan, sebagai satu-satunya rakyat Malaysia perbualan seharian juga di dalam Bahasa Inggeris. Seharusnya saya gembira, mudah bagi mereka apabila kembali ke Malaysia namun sekiranya memorandum yang akan di serahkan pada Mac depan berjaya, bermakna saya pula perlu terjemahkan Sains dan Matematik ke dalam Bahasa Malaysia untuk anak-anak. Namun sebagai rakyat Malaysia perlu untuk saya memartabatkan bahasa kebangsaan. Bahasa yang telah menongkah arus menundukkan penjajah dan memerdekakan tanah melayu.

Bahasa Jiwa Bangsa.