
Sekilas lalu, setelah hampir 4 tahun menetap di Saudi ini, jika diimbas kembali pelbagai kenangan yang telah ditempuh. Bermula di Madinah, kemudian berpindah ke Mekah dan akhirnya di Abha sehingga sekarang. Bumi para anbiya yang menyaksikan perjuangan menegakkan agama Allah di muka bumi ini. Pastinya teruja apabila melihat kesan-kesan sejarah umat terdahulu berjuang bermati-matian menggadai nyawa dan harta demi mencari redha Pencipta. Pastinya jua hati tersentuh pabila menziarahi makam baginda Rasulullah tercinta, tatkala dahi mencecah lantai raudhah yang mulia, yang pernah menyaksikan sebuah kehidupan agung bukti kebenaran Al-Quran. Sungguh besar pengorbanan dan perjuangan baginda dan sahabat2, sementelah kita hanya menjadi pengunjung yang menyaksikan peninggalan sejarah. Sedih rasanya dibandingkan peranan umat terdahulu dan peranan hari ini. Kekejaman yang berlaku di Palestine bukti rapuhnya kekuatan umat islam hari ini.
Perjalanan mencari redha Pencipta agar kehidupan selepas dunia ini tenang dan damai. Alhamdulillah kami sekeluarga diizinkan untuk menunaikan haji pada tahun 2006, menyertai ribuan umat manusia yang sama-sama harapkan keampunan dan maghfirahNya. Agar hidup seterusnya diberkati, diberi kekuatan untuk terus beriltizam dan beristiqamah di atas jalanNya.
p/s: Ini adalah percubaan write up, tugasan yang dah lama ditinggalkan, harap sedikit demi sedikit dapat mengembalikan semula semangat untuk menulis,berkarya dengan ilmu yang tidak seberapa.
2 comments:
Terus dan teruskan usaha murnimu ini. Semoga Allah memberi kemudahan, dilimpahi berkat dan rahmatNya, serta Iltizam berdakwah menerusi wadah ini, semoga ummah ini lebih kuat dan utuh dibawah kalimah Al Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAW.
kekuatan dan ketabahan yang dimiliki tak dapat di nilai dengan wang ringgit.. semoga dirimu terus menjadi contoh terbaik buat diriku..
Post a Comment